• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hormati, Pelihara Prinsip Kebebasan Badan Kehakiman

oleh Ahmad Albab
18/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menyeru kepada semua masyarakat di negara ini supaya menghormati dan memelihara prinsip kebebasan badan kehakiman serta jangan sesekali membuat tuduhan tidak berasas terhadap hakim atau pegawai kehakiman.

Baginda bertitah demikian kerana kehakiman merupakan antara tiga badan utama negara, selain legislatif dan eksekutif, yang mana badan ini mempunyai hak dan kebebasan masing-masing yang perlu dihormati serta dipelihara bagi memastikan kestabilan negara dipertahan.

“Hakim dan pegawai kehakiman perlu bebas serta tiada campur tangan mana-mana pihak. Walaupun Raja bertanggungjawab memastikan kehidupan rakyat aman dan makmur, Raja juga tertakluk kepada undang-undang dan tidak boleh campur tangan dalam kehakiman.

“Saya percaya hakim adalah bijaksana dalam menegakkan keadilan, saya percaya hakim bertindak sebaik mungkin dan tidak terpengaruh dengan kepentingan peribadi atau politik,” titah Baginda ketika merasmikan Kompleks Mahkamah Muar di sini hari ini.

Turut berangkat Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, serta turut hadir Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif, Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sultan Ibrahim bertitah dalam prinsip kebebasan badan kehakiman serta dua lagi badan utama iaitu legislatif dan eksekutif tiada pihak memegang kuasa multak dan ini membolehkan prinsip semak dan imbang dilaksana dalam memastikan kestabilan negara.

“Pihak eksekutif pula hendaklah mentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang diluluskan, jika ada pertikaian mesti diputuskan badan kehakiman,” titah baginda.

Baginda bertitah apabila ketiga-tiga badan itu diberi kebebasan dan hak masing-masing, pemerintahan negara akan tersusun dan tidak akan ada salah guna kuasa serta mampu mengekang pemerintahan bersifat autokratik.

Sementara itu, Sultan Ibrahim mengesyorkan supaya pindaan Perlembagaan Persekutuan diperbetulkan sekiranya ia memberi kesan tidak baik pada masa sekarang.

Dalam pada itu, baginda menyeru Kerajaan Persekutuan supaya mencepatkan pembinaan Kompleks Mahkamah Johor Bahru kerana mahkamah sedia ada sudah tidak mampu memenuhi keperluan masyarakat pada masa ini.

“Kerajaan Johor telah sediakan tanah di Kota Iskandar (pembinaan Kompleks Mahkamah Johor Bahru), sementara mahkamah lama saya akan jadikan ia sebuah muzium warisan,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

Pemangku Sultan Johor Tunaikan Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid...

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd