• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati-Hati Maklumat Berunsur Fitnah Di Media Sosial

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS – Pengguna internet perlu berhati-hati terhadap maklumat yang ditularkan di media sosial supaya tidak terperangkap dengan maklumat berunsur fitnah terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari.

Beliau berkata maklumat yang disebarkan melalui media sosial tidak semuanya sahih dan benar, khususnya ketika negara di ambang pilihan raya umum ke-14.

“Hentikanlah menyebar perkara yang berunsur fitnah, saya nampak perbuatan menyebarkan fitnah seperti makanan ruji kepada pihak sebelah sana (pembangkang) terutama apabila hampir pilihan raya umum,” katanya kepada pemberita selepas Program Pemimpin Bersama Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Gual Periok, Rantau Panjang di sini, hari ini.

Beliau berkata menabur fitnah dan janji kosong adalah taktik pembangkang untuk meraih sokongan pengundi pada sesuatu pilihan raya.

Justeru, Jailani berkata sebagai masyarakat yang rasional dan bijak, mereka usah terpedaya dengan pelbagai janji pembangkang kerana pihak itu sukar untuk menunaikannya.

“Tetapi kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang membuat akujanji dan menunaikan janji,” katanya.

Sementara itu, Jailani berkata sebanyak dua buah menara telekomunikasi telah siap dibina di kawasan Parlimen Rantau Panjang manakala lima lagi akan dibina di bawah program Menghubung Menyatu (CTU) yang dilaksanakan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) tahun ini.

Beliau berkata di bawah program tersebut juga sebanyak 12 buah rumah telah berjaya disiapkan untuk penduduk miskin manakala sebanyak lapan buah lagi akan dibina tahun ini.

Terdahulu, Jailani turut menziarahi warga emas yang menghidap kanser Asiah Latiff, 65, dan pesakit angin ahmar Arif Mohd Daud, 65, yang tinggal dalam kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gual Periok.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yasim. – BERNAMA

Tags: fitnahmedia sosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

“Siapa Fitnah Akan Masuk Neraka” – Teresa Kok

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mengingatkan mana-mana pihak atau individu yang menfitnahnya akan masuk neraka. Beliau...

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Pas Melaka, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyindir Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd