• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir 30 Suspek Pengganas Asing Dihantar Pulang

oleh Ahmad Albab
06/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengusir hampir 30 orang daripada keseluruhan 50 suspek pengganas yang dihantar ke Malaysia sejak 2014.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua suspek terbabit dihantar ke negara ini oleh sebuah negara, yang beliau enggan dedahkan, setelah ditahan di negara berkenaan.

Beliau berkata mengikut undang-undang antarabangsa, suspek pengganas yang ditahan di mana-mana negara, perlu dihantar pulang ke lokasi terakhir mereka berada dan bukannya negara yang ingin dituju oleh suspek terbabit.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menyampaikan ceramahnya pada Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018 di sini, hari ini.

Bertemakan ‘Kebijaksanaan dan Kesederhanaan Dalam Membanteras Keganasan’, PISD yang berlangsung selama dua hari dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Muslim Dunia), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berpusat di Arab Saudi.

Ayob Khan berkata kebanyakan mereka adalah suspek pengganas Daesh yang terdiri daripada pelbagai warganegara dengan majoritinya adalah rakyat negara Arab.

Beliau berkata negara luar perlu memberikan maklumat awal kepada Malaysia mengenai pergerakan suspek pengganas bagi memudahkan PDRM mengambil tindakan termasuk mengawasi, menahan dan menghantar mereka ke negara asal.

“Kita mahu perisikan, jika tiada, macam mana kita hendak kesan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dan PDRM sentiasa berusaha untuk meningkatkan kerjasama dengan negara lain bagi menyelesaikan masalah pengusiran pengganas.

Sebelum ini, agensi berita Reuters melaporkan bahawa kerajaan Turki telah mengusir suspek militan ke Kuala Lumpur tanpa sebarang notis selepas mereka ditangkap cuba memasuki Syria untuk menyertai Daesh.

Mengenai jumlah suspek pengganas Daesh yang ditahan di negara ini, Ayob Khan berkata seramai 105 individu telah ditahan tahun lepas, yang menurun sedikit berbanding 119 orang yang ditahan pada 2016.

“Satu daripada sebabnya adalah kebanyakan perekrut utama tidak aktif di media sosial jadi tidak banyak yang dilatih,” kata Ayob Khan. – BERNAMA

Tags: Datuk Ayob Khan Mydin Pitchaypengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd