• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadiah Rumah, Tanah Menanti Di Ekspo Terengganu 2018

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebuah unit apartmen, satu lot tanah perumahan dan satu lot tanah pertanian adalah tiga hadiah utama ditawarkan kepada pengunjung Ekspo Terengganu 2018 yang akan berlangsung pada 25 Februari sehingga 3 Mac depan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata ekspo bertemakan ‘Terengganu Molek Doh’ di Stadium Tertutup Gong Badak di Kuala Nerus itu turut menawarkan pelbagai lagi hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah kereta pacuan empat roda, tujuh motosikal dan pelbagai barangan elektrik.

“Ekspo anjuran kerajaan negeri di Stadium ini bertujuan memberi pendedahan kepada rakyat tentang kejayaan pembangunan dilakar di Terengganu.

“Banyak kisah-kisah kejayaan akan dipamerkan sepanjang ekspo itu berlangsung untuk menyuntik motivasi rakyat Terengganu agar terus bersama-sama kerajaan negeri dalam mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian penerbitan program drama bersiri Megat Panji Alam di antara kerajaan negeri dan TV AlHijrah Media Corporation di sini, hari ini.

Ahmad Razif berkata penyertaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan pada ekspo itu juga akan memberi manfaat kepada rakyat dalam mendapatkan maklumat berkaitan dan menurutnya lebih 100,000 pengunjung disasarkan sepanjang ekspo itu berlangsung selama seminggu.

“Jualan produk hasil keluaran usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) juga akan berlangsung di ekspo tersebut selain program seperti Forum Perdana, ramah mesra bersama selebriti dan atlet negara, persembahan kebudayaan dan temuduga terbuka untuk mereka yang mencari pekerjaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ekspo Terengganu 2018
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ekspo Terengganu Akan Diperluas Ke Semua Daerah

05/03/2018
0

KUALA NERUS - Kejayaan kerajaan negeri menganjurkan Ekspo Terengganu 2018 memberi inspirasi untuk diperluaskan ke seluruh daerah di negeri ini...

Lebih 85,000 Kunjungi Ekspo Terengganu Hari Ini

04/03/2018
0

KUALA NERUS – Suasana di Ekspo Terengganu 2018 semakin hangat dengan kehadiran lebih 85,000 pengunjung sejak awal pagi hingga tengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd