• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Goh-Shevon Teruskan Cabaran Malaysia Di Masters Indonesia

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menjadi wakil tunggal Malaysia yang akan meneruskan cabaran selepas dua lagi pasangan beregu negara tersingkir pada Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Jakarta, hari ini.

Beregu bukan pilihan itu mencipta kejutan apabila menewaskan rakan senegara yang juga pilihan ketujuh, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing; 15-21, 21-16 dan 21-16 pada aksi suku akhir yang berlangsung di Istora Senayan, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.

Goh-Shevon akan berdepan pilihan keenam, Zheng Siwei-Huang Yaqiong di separuh akhir esok, selepas gandingan dari China itu mengejutkan pilihan keempat, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong; 21-14, 21-15 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Dalam pada itu, beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, ditunjuk jalan keluar pada kejohanan berkenaan selepas tumpas 18-21, 22-20 dan 12-21 kepada pilihan ketiga, Liu Cheng-Zhang Nan dari China.

Cabaran Malaysia dalam tiga kategori – perseorangan lelaki serta perseorangan dan beregu wanita, berakhir selepas mereka tewas kepada lawan masing-masing pada pusingan awal. – BERNAMA

Tags: Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd