• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manggis Pahang Tembusi Pasaran Antarabangsa

oleh AK-47
14/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Jika sebelum ini durian Musang King dari Raub dan Bentong berjaya menembusi pasaran China, sehingga harganya melonjak di pasaran tempatan, kali ini giliran buah manggis pula dieksport sehingga menyebabkan permintaannya meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Seri Shafik Fauzan Shariff berkata buah manggis kini menjadi perhatian di kalangan penggemar buah tropika di China dan Eropah.

“Buah manggis yang dikeluarkan dari negara kita khususnya di Pahang mempunyai kualiti yang tinggi termasuk kurang penggunaan bahan kimia menyebabkan ia mendapat tempat di pasaran antarabangsa.

“Keadaan ini ‘memaksa’ ada pengeksport dari negara jiran turun ke daerah Bentong khususnya kawasan Telemong untuk memajak kebun manggis di kawasan ini dan dibawa balik untuk ‘dibinkan’ dengan nama negara mereka sebelum mengeksport ke dua negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perlepasan eksport manggis ke Eropah dan China selain menyaksikan perjanjian persefahaman antara syarikat pengeksport buah itu, DRS Trading Sdn. Bhd. dengan pengeluar-pengeluar manggis di daerah Bentong di Dewan Orang Ramai Telemong, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Syarikat DRS Trading Sdn. Bhd., P Ravidran dan Pegawai Daerah Bentong, Datuk Azhar Arshad.

Shafik Fauzan berkata perjanjian itu ia dapat mengeratkan lagi kerjasama antara pengeksport dan pengeluar bagi meneroka pasaran baharu di peringkat antarabangsa selain boleh meningkatkan kefahaman pengeluar buah tempatan tentang keperluan semasa dalam mengeksport buah itu.

“Di pasaran Eropah sekarang harga sekilogram buah manggis yang mempunyai gred tinggi boleh mencecah sehingga RM35 sekilogram, manakala di negara China pula mencecah sehingga RM50 sekilogram.

“Keadaan ini membolehkan penanam-penanam manggis mendapat pendapatan yang tinggi namun mereka perlulah mengamalkan amalan pertanian yang baik bagi menghasilkan buah yang bermutu,” katanya.

Mengikut rekod Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) buah tersebut telah mula dieskport ke Eropah dan China sejak 2016, namun hanya mendapat permintaan tinggi pada 2017.

Pada tahun lepas sahaja dianggarkan sebanyak 5,000 tan metrik buah manggis telah dieksport ke Eropah dengan nilai RM20 juta, manakala ke China pula adalah sebanyak 20,000 tan metrik dengan nilai RM200 juta dan ia hanya memenuhi satu peratus daripada permintaan di dua negara itu.

Di Pahang sahaja sahaja terdapat 404.3 hektar keluasan penanaman manggis, sementara di Bentong adalah sejumlah 58.7 hektar. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Shafik Fauzan ShariffManggisMusang King
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Hutan Simpan Sekitar Raub, Diceroboh Pekebun Haram

14/07/2021
0

RAUB - Ketegasan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) membanteras kegiatan menceroboh hutan simpan kekal di daerah ini, dibuktikan menerusi tiga...

Roboh Jambatan Halang Penguat Kuasa Musnah Kebun

06/07/2021
0

RAUB - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) berdepan halangan dalam operasi hari ketiga memusnahkan kebun durian Musang King seluas 101...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd