• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Air: 70,000 Pengguna Terjejas Di Kuantan

oleh AK-47
22/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Gangguan bekalan dan tekanan air rendah di sebahagian besar daerah Kuantan yang bermula pukul 10 pagi tadi disebabkan paras air menurun di muka sauk Kampung Kobat di sini.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata dianggarkan sebanyak 70,000 akaun pengguna terjejas disebabkan masalah itu.

Kenyataan itu menambah kawasan yang terlibat ialah perumahan Indera Mahkota 1 hingga 16 termasuk kawasan industri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Kuantan, Bukit Sekilau, Taman Bukit Ubi, Taman Bayroute, Bukit Setongkol dan Cenderawasih.

Kawasan lain yang terlibat ialah kawasan sekitar Galing, bandar Kuantan termasuk Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Teluk Cempedak.

Gangguan turut berlaku di kawasan sekitar Semambu, Cherating, kawasan perindustrian Gebeng, sekitar Beserah hingga ke sempadan Terengganu.

Mereka yang mempunyai pertanyaan atau memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 09-5739999. – BERNAMA

Tags: Gangguan Bekalan AirPengurusan Air Pahang Berhad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

Gangguan Bekalan Air Daerah Batang Padang, Hilir Perak Dijangka Pulih Berperingkat Esok

10/02/2025
0

IPOH : Gangguan bekalan air yang menjejaskan 50,000 akaun pengguna beberapa kawasan di dua daerah iaitu Batang Padang serta Hilir...

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

Empat Kawasan Di Balik Pulau Alami Gangguan Bekalan Air Malam Ini

13/12/2024
0

GEORGE TOWN - Sebanyak 3,500 akaun pengguna melibatkan beberapa kawasan di Balik Pulau di sini akan mengalami gangguan bekalan air...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd