• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Swafoto Dalam FB Bantu Tangkap Pembunuh

oleh Ahmad Albab
18/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAMBAR swafoto yang dimuatnaik dalam Facebook telah membantu polis mengenalpasti pembunuh seorang remaja, Brittney Gargol, 18, yang dibunuh oleh kawan baiknya sendiri iaitu Cheyenne Rose Antoine, 21.

Kejadian itu berlaku pada Mac 2015 lalu di Saskatchewan, Kanada dan dengan bantuan gambar itu, kini Cheyenne telah dihukum penjara selama tujuh tahun.

Gambar swafoto itu dirakamkan enam jam sebelum Brittney dibunuh. Ia dimuatnaik oleh Cheyenne dalam Facebooknya dengan kapsyen “Di mana awak? Saya tidak mendengar khabar dari awak. Harap awak sampai ke rumah dengan selamat.”

Kapsyen dan gambar itu merupakan satu cubaan daripada Cheyenne untuk menutup jenayah yang dilakukannya.

Namun polis mendapati tali pinggang yang dipakai oleh Cheyenne dalam gambar berkenaan merupakan senjata yang digunakan untuk menjerut leher kawan baiknya sendiri.

Mayat Brittney kemudiannya dibuang di tepi jalan manakala tali pinggang tersebut pula dijumpai di kawasan berhampiran.

Dalam perbicaraan Cheyenne mengaku telah bergaduh dengan kawannya itu tetapi dia tidak ingat pernah membunuhnya.

Cheyenne mengaku salah. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh peguamnya, Cheyenne berkata dia tidak dapat memaafkan dirinya atas apa yang berlaku dan memohon maaf di atas kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Swafoto
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Tidak Ambil Gambar, Cuma Guna Cermin”

09/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dirinya ada mengambil gambar swafoto atau ‘selfie’ ketika...

Hukuman Mati ‘Selfie’ Di Pantai Lapangan Terbang Phuket

09/04/2019
0

PENGGUNA laman sosial semakin berani sehingga sanggup melakukan apa saja demi mengejar populariti dan likes. Malah ada yang sanggup memanjat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd