• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GABUNG Kesal Tun M Kaitkan Dengan Almarhum Sultan

oleh AK-47
06/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Negeri Johor (GABUNG) hari ini kesal dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan isu pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dengan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

Naib Presiden GABUNG, Abdullah Mohd Yusof turut menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri itu sebagai melampu dan biadab.

“Dr Mahathir menyalahkan Yang di-Pertuan Agong ketika itu (Almarhum Sultan Iskandar), tetapi kenapa isu itu timbul selepas sekian lama dan Almarhum tidak boleh mempertahankan diri kerana sudah mangkat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Baru-baru ini, Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mendakwa namanya digunakan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman bagi arahan pemecatan Salleh dalam krisis kehakimanan pada 1998 dan

Dr Mahathir mendakwa pemecatan itu atas arahan Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

Abdullah berkata GABUNG, yang mempunyai 850 NGO di semua daerah di negeri itu dengan keahlian kira-kira 200,000 orang, ingin menyampaikan mesej kepada Dr Mahathir supaya berhenti menyalahkan Sultan yang telah tiada.

“Isu ini memang tidak betul, tidak adil dan tidak patut keluar dari mulut Dr Mahathir yang dikatakan negarawan. Kalau berkait soal politik, lantaklah, tetapi bila berkait Kesultanan Johor, kita tidak akan berdiam diri,” katanya.

Menurutnya, GABUNG turut merancang untuk membuat laporan polis di setiap daerah dalam masa terdekat berhubung tuduhan Dr Mahathir terhadap Almarhum Sultan Iskandar.

Sementara itu, berkaitan kenyataan Dr Mahathir terhadap projek pembangunan Forest City, Abdullah berkata bekas perdana menteri itu kehabisan idea apabila mendakwa projek tersebut sebagai penjualan tanah kepada orang asing.

“Nikmat pembangunan dirasai kita sebagai rakyat, NGO dan ahli perniagaan. Kami sokong Forest City atas dasar pembangunan Johor,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd