Monday, December 9, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Kesan Negatif Terhadap...

CHICAGO - Ahli ekonomi berpendapat kesan negatif yang dicetuskan wabak COVID-19 ke atas...

SPRM Akan Panggil Pengurusan...

KEPALA BATAS - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa saksi termasuk...

1MDB Tak Pernah Tawar...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak pernah menawarkan pinjaman perniagaan atau...

Jepun Hasilkan Bawang Tidak...

TOKYO - Sebuah syarikat makanan Jepun, House Foods Group (HFG), mendakwa pihaknya telah...

Firma Luar Dilantik Laksana Audit Forensik Ke Atas KLVC

KUALA LUMPUR – Sebuah firma audit luar telah dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk melaksanakan audit forensik ke atas projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang sedang dibangunkan Synergy Promenade Sdn. Bhd. (SPSB) atas tanah milik FELDA, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata firma audit ini akan menjalankan audit forensik ke atas semua aktiviti, keputusan dan tindakan berkaitan projek berkenaan.

“Ia juga akan menilai semula proses pengawalan yang berkaitan, termasuk kelemahan dalam pentadbiran dalaman serta pengawasan FELDA ke atas FELDA Investment Corporation Sdn. Bhd. (FIC).

“Siasatan firma audit ini juga akan membabitkan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 21 Disember lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn. Bhd. melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Perdana menteri berkata siasatan firma audit berkenaan dijangka siap dalam tempoh 30 hari dan laporan penuh akan dikemukakan kepada JPM.

Najib berkata pelantikan firma audit ini adalah susulan arahan beliau kepada FELDA dalam sepucuk surat bertarikh 11 Disember 2017 untuk menentukan sama ada berlakunya ketidakpatuhan kepada tatacara sedia ada atau berlakunya unsur-unsur salah guna kuasa dan perlakuan rasuah berkaitan projek KLVC.


“Dalam surat tersebut yang dihantar oleh JPM kepada Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, saya juga telah mengarahkan FELDA untuk membuat laporan polis terhadap SPSB untuk ‘criminal fraud’ serta mengambil tindakan undang-undang untuk ‘civil fraud’ bagi pemindahan hak milik tanah FELDA tanpa pengetahuan dan kebenaran,” katanya.

Najib berkata tindakan-tindakan berkenaan diarahkannya untuk diambil bagi melindungi kepentingan FELDA dan peneroka, tidak dikompromi dan bagi memastikan tanah-tanah tersebut terus kekal menjadi milik FELDA.

Jelas perdana menteri, polis juga telah menjalankan siasatan dan tanah-tanah terlibat telah turut dikaveat.

“Oleh itu, laporan yang mengatakan tanah-tanah itu sudah hilang adalah tidak tepat. Kaveat Pendaftar yang telah dikenakan ke atas tanah-tanah itu akan memastikan kepentingan FELDA dilindungi,” katanya.

Najib berkata tindakan undang-undang akan diambil jika siasatan firma audit luar dan polis menunjukkan adanya salah laku oleh mereka yang terbabit dalam projek itu yang telah dipersetujui pada tahun 2014. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KLVC

Kategori