• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Firma Digesa Terap Amalan Mapan Model Perniagaan

oleh AK-47
25/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dasar dan amalan yang mapan perlu diterapkan dalam setiap model perniagaan syarikat memandangkan pelabur kini menekankan kepentingan aspek berkenaan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong.

Beliau berkata pelabur masa kini juga akan menilai aspek bukan kewangan sesebuah organisasi, seperti kemapanan korporat, sebagai tambahan kepada aspek kewangan, dalam membuat keputusan pelaburan mereka.

“Inisiatif Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab yang disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mencatatkan jumlah penandatangan pelabur tertinggi, dengan aset di bawah pengurusan keseluruhan melebihi US$68.4 trilion (US$1 = RM3.90) setakat April 2017, sekali gus membawa pelaburan bertanggungjawab ke dalam aliran perdana pasaran modal dunia,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Anugerah Pelaporan Kemapanan ACCA Malaysia (MaSRA) 2017 di sini, hari ini.

Lee berkata pelaburan mapan di peringkat tempatan juga merekodkan pertumbuhan kukuh, dengan Kod Malaysia untuk pelabur institusi diperkenalkan pada 2014 oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti telah memperolehi 17 penandatangan setakat ini.

Beliau berkata para pelabur mengambil berat hubung kait antara kemapanan dan faktor persekitaran, sosial dan tadbir urus serta prestasi kewangan dan bagaimana ia diubah kepada nilai.

“Memikirkan perkara itu, kerajaan telah memperluaskan usaha Transformasi Nasional 2050 untuk menyokong MaSRA ACCA, yang merupakan platform penting untuk mendidik organisasi mengenai kepentingan amalan dan manfaat kemapanan yang semakin berkembang kepada perniagaan secara keseluruhannya, di samping memberi pengiktirafan kepada amalan terbaik,” katanya.

Presiden Jawatankuasa Penasihat ACCA Malaysia, Datuk Merina Abu Tahir, berkata MaSRA ACCA​​​​​​​ menerima 59 penyerahan tahun ini, hampir 20 peratus daripada jumlah itu adalah penyertaan baharu, sekali gus menunjukkan penerimaan kemapanan pelaporan dan pematuhan dengan keperluan penyenaraian dalam kalangan syarikat tempatan.

Beliau berkata, syarikat yang mapan dilihat lebih baik dalam mengekalkan daya saing dan menguntungkan, memandangkan mereka mendapat kepercayaan masyarakat.

“Kemapanan amalan dan pelaporan menjadi budaya lazim dalam korporat Malaysia, dengan banyak syarikat meraih manfaat daripada keterangkumannya.

“Pemenang MasRA ACCA sebelum ini adalah bukti kepada kenyataan itu. Mereka menerajui dalam​​​​​​​ menunjukkan bagaimana amalan perniagaan yang mapan adalah penting sebagai sebahagian​​​​​​​ pengurusan risiko korporat,” katanya.

Sime Darby Bhd meraih anugerah Pelaporan Keseluruhan Terbaik bagi tahun kedua berturut-turut, ​​​​​​​diikuti Malayan Banking Bhd dan Axiata Group Bhd.

Anugerah Kemapanan Pelaporan Terbaik bagi Bukan Syarikat Awam Berhad dimenangi operasi Malaysia, Fuji Xerox Asia Pte Ltd manakala CIMB Group Holdings Bhd meraih anugerah Amalan​​​​​​​ Tempat Kerja Terbaik.

DiGl.com Bhd, Sunway Construction Group Bhd, Cenviro Sdn Bhd dan United Plantations Bhd membawa pulang Anugerah Penghargaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Lee Chee Leong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd