• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, January 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fathia ‘Mengamuk’ Produksi Selalu Cari Kesalahannya

oleh
09/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON kontroversi Fathia Latiff meluahkan rasa tidak puas hatinya gara-gara tuduhan tidak berasas sebuah syarikat produksi drama tempatan.

Fathia menerusi kemas kini terbarunya di laman Twitter menyatakan pihak berkenaan sering mencari kesalahan dirinya dengan mendakwa kononnya dia sering tiba lambat ke lokasi penggambaran.

Bagaimanapun, Fathia dilihat tidak pula mendedahkan serta menyatakan secara jelas nama produksi yang dimaksudkan.

“Nak tunggu cerita, watak dan skrip yang bagus, kena tunggu 18 tahun lagi agaknya. Selepas itu, datang lambat sikit nak kecoh satu Malaysia. Seolah-olah kamu tidak pernah lambat. (Kalau) Nak cari kesalahan orang, laju saja,” tulisnya.

Ujar Fathia lagi, dia pelik dengan sikap produksi tersebut yang inginkan kesempurnaan tetapi mendakwa pihak berkenaan tidak pula menguruskan kerja mereka dengan baik.

“Kalau buat kerja sempurna, tak apalah juga. Sebaliknya mereka buat kerja pun ‘cincai’.  Sempat lagi nak tuding jari. Bukan main mereka nampak keburukan orang lain! Sumbangan, bakat, pencapaian dan kebaikan orang lain buat-buat buta.

“Kalau produksi yang dikenali tak kecoh, produksi kau yang lebih-lebih nampak ‘hauk’ (teruk). Anda boleh mengenakan selebriti lain, tetapi bukan saya,” ujarnya.

Terdahulu, nama Fathia adalah antara selebriti yang tidak terlepas daripada mencipta kontroversi yang menjadi bualan cukup hangat di media sosial.

Antaranya digugurkan daripada membintangi drama bersiri Laluna kerana masalah disiplin dan diikuti kontroversi rakaman video berhibur bersama pelakon baru sehingga menampakkan sebahagian payudaranya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: fathiaFathia LatifFathia LatiffNur Fathia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fathia Akui Selama Ini Bertudung Bukan Kerana Allah

25/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mencetuskan teka-teki apabila berkongsi gambar tidak bertudung di Instagramnya sejak Ahad lalu, pelakon kontroversi Fathia Latiff...

Video Mirip Fathia Latiff Tidak Berhijab Tular

28/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Rata-rata netizen terkejut dengan penularan sebuah video yang didakwa mirip pelakon Fathia Latiff tular di laman sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd