• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fasa Pertama Loji Rawatan Pangkor Siap 2021

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Fasa pertama loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan sepanjang 3.7 kilometer di Pulau Pangkor dijangka siap pada tahun 2021, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata sistem pembetungan yang pertama seumpamanya di pulau peranginan itu dibina bagi memberi manfaat kepada penduduk dalam memastikan masalah sisa kumbahan dapat diuruskan dengan baik.

“Projek tersebut telah dijalankan di Bandaraya Ipoh sejak tahun lepas bagi menaik taraf sistem pembetungan sedia ada dalam memastikan kesejahteraan penduduk pada masa depan.

“Ini merupakan hasil perbincangan, memang kita merancang mahu satu sistem pembetungan yang baik. Bagi negara-negara maju, sistem inilah yang memastikan masalah kumbahan dapat diuruskan dengan baik, yang boleh mengalirkan sisa kumbahan dan diproses dengan elok,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyertai sesi taklimat bersama Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Pulau Pangkor di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Zambry menasihati pihak terbabit termasuk kontraktor agar melaksanakan projek tersebut sebaiknya bagi mengelak sebarang permasalahan di sepanjang kawasan terlibat sehingga menyusahkan pengguna jalan raya.

Beliau mengambil contoh projek serupa di Ipoh yang bukan sahaja mengganggu lalu lintas, malah ada yang menjejaskan kebersihan bandar raya tersebut.

“Saya ada bangkitkan mengenai masalah ini kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) supaya memanggil kontraktor berkenaan untuk pastikan bila mereka dapat projek mereka tidak buat apa sahaja termasuk mengganggu lalu lintas.

“Kon-kon jadi kotor dan tidak bersusun seterusnya memberi gambaran tidak baik kepada Ipoh yang merupakan bandar terbersih dalam negara,” katanya. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

BN Tolak Politik Perkauman, Kekal Dengan Prinsip Keharmonian

26/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) ialah gabungan politik pelbagai kaum yang telah membuktikan selama lebih enam dekad Malaysia mampu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd