• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Farid Kamil Akui Akan Bela Nasib Mereka Dianiaya

oleh
25/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON yang baru mendapat gelaran Datuk, iaitu Farid Kamil sekali lagi telah mengejutkan media hiburan selepas isu penahanannya menjadi kontroversi beberapa minggu lalu.

Baca: Farid Didakwa 4 Tuduhan, Mengaku Tak Bersalah

Juga: Diana Sambut Baik Cadangan Keluarga Rawat Farid

Sebelum ini, Farid telah ditahan oleh pihak polis selepas mencederakan seorang anggota polis serta dua lagi orang awam ketika di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Selangor pada 11 Januari lalu.

Beberapa jam tadi, Farid baru sahaja memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya dengan menulis caption yang menimbulkan tanda tanya ramai pihak.

“Assalamualaikum, terima kasih atas iringan doa dari kalian semua. Insya-Allah dengan kudrat yang masih tinggal ini saya akan terus memperjuangkan nasib orang-orang teraniaya.

“Pinta saya supaya kalian semua mendoakan supaya perjalanan yang berliku ini dapat di tempuhi. Amin,” tulisnya.

Foto itu diambil di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara sambil dia memegang satu salinan laporan polis.

Netizen turut meninggalkan komen yang positif bagi memberi semangat kepada Farid untuk meneruskan usaha murninya itu.

Dalam masa yang sama, mStar Online turut melaporkan bahawa adik kepada Farid iaitu Fadzil Zahari juga enggan memberi ulasan lanjut tentang perkara yang baru terjadi itu.

“Maaf, saya tidak dapat mengulas mengenai perkara ini,” katanya.

Malah, menurut sumber daripada pihak polis, tiada sebarang laporan yang telah dibuat oleh pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu itu.

Sebab utama Farid melakukan perkara misteri itu masih lagi tidak diketahui umum.

Bagaimanapun, netizen masih tidak putus-putus mendoakan semoga nasib pelakon itu turut akan terbela selepas namanya mula tercalar selepas kejadian hitam itu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: bela nasibFarid Kamil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

Diana, Farid Rujuk Demi Anak-anak

16/09/2023
0

PETALING JAYA: Rujuk demi anak-anak. Itu keputusan diambil Farid Kamil, 42, dan bekas isteri, Diana Danielle, 32, yang bercerai talak...

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu

10/08/2023
0

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, dan isterinya, Diana Danielle, 32, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd