• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Tahan 14 PATI Di Sekitar Lahad Datu

oleh AK-47
23/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Empat belas pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) selama dua hari di sekitar Lahad Datu.

Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata 12 warga Filipina dan dua warga Indonesia ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah dalam operasi mulai 8.30 pagi semalam dan berakhir 7.30 pagi tadi.

“Kesemua PATI yang ditahan berumur lingkungan empat hingga 60 tahun hasil pemeriksaan ke atas 46 individu di sekitar bandar Lahad Datu serta 87 individu di kawasan rumah kongsi Felda Sahabat 17 Cenderawasih,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hazani berkata kanak-kanak perempuan berumur empat tahun yang ditahan itu dihantar ke Pusat Tahanan Sementara Tawau untuk tujuan dokumentasi.

Menurutnya operasi bersepadu itu turut melibatkan pegawai dan anggota termasuk polis, Pasukan Gerakan Am, Majlis Daerah Lahad Datu, Jabatan Imigresen dan Jabatan Air Negeri Sabah.

Hazani berkata operasi itu merupakan sebahagian tindakan agresif Esscom dan agensi penguatkuasaan lain dalam membanteras PATI serta salah laku jenayah.

“Operasi ini juga adalah satu daripada kaedah elemen ‘show of force’ dan operasi ini turut mendapat sokongan penduduk setempat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Hazani Ghazali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Penjenayah Ditembak Tak Pernah Didedah

02/03/2018
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) atau polis tidak pernah mendedahkan atau menyebut identiti penjenayah yang...

Penugasan Anggota Rela Tingkatkan Ketenteraan Awam

15/12/2017
0

SANDAKAN - Penugasan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) akan meningkatkan lagi ketenteraman awam di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd