• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak Kucing, Polis Bantuan Maut Dirempuh

oleh AK-47
28/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIATNYA mulia, untuk mengelak daripada melanggar seekor kucing yang melintas jalan namun tidak kesampaian apabila dia sendiri yang terkorban.

Motosikal yang dinaiki Ros Shaaari Abdullah, 33, bagaimanapun tergelincir dari tunggangannya sebelum dilanggar sebuah kereta kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Mangsa yang juga merupakan anggota polis bantuan di Universiti Teknologi Mara (Uitm) kampus Dungun, maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Kemalangan yang berlaku di laluan lurus jalan Balai Besar Dungun , Terengganu itu dikatakan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari rumah di Kampung Gong Pasir ke tempat kerja.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C70 dikatakan terjatuh selepas cuba mengelak seekor kucing yang secara tiba-tiba melintas jalan.

Pada masa sama, sebuah kereta jenis Nissan Almera di belakang mangsa gagal mengelak lalu melanggar mangsa.

Kereta terbabit dipandu pembantu farmasi, Nur Hayati Sakinah Che Mazelan, 33 tahun, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya,

Sepasukan pegawai kesihatan yang tiba mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan akan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Supritendan Baharudin Abdullah telah mengesahkan mengenai kejadian itu dan katanya,  kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalangankucingmautPolis Bantuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd