• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penjenayah Warga Asing Ditembak Mati Di Melaka

oleh Ahmad Albab
11/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Dua penjenayah disyaki warga asing ditembak mati selepas salah seorang daripada mereka melepaskan dua tembakan ke arah anggota polis dalam Operasi Tebuk di luar Pasaraya Epal Awana di Bandar Baru Sungai Udang di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata kedua-dua lelaki berusia lingkungan antara 30 hingga 35 tahun itu ditembak anggota polis bagi mempertahankan diri selepas kegiatan pecah masuk dan samun kedai emas di pasar raya berkenaan dikesan dalam kejadian 4.30 pagi tadi.

Beliau berkata kejadian berkenaan dilaporkan orang awam selepas mendapati terdapat sebuah kereta Honda City tanpa nombor pendaftaran di bahagian belakang berlegar-legar di kawasan perumahan berhampiran pasar raya itu.

“Pihak polis kemudian ke lokasi kejadian dan pada awalnya tidak menemui suspek dan hanya menemui sebuah kereta sebelum melakukan pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan berkenaan.

Ketika melakukan pemeriksaan polis mengesan beberapa orang suspek cuba melarikan diri di dalam semak bersebelahan pasar raya Epal Awana,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Abdul Jalil berkata polis mengejar mereka sebelum bertindak mengepung ketiga-tiga suspek berkenaan.

Beliau berkata salah seorang suspek yang memiliki pistol jenis revolver kemudian melepaskan dua das tembakan manakala seorang lagi melibas parang ke arah anggota polis sebelum polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah mereka.

“Dalam kejadian itu seorang daripada mereka dipercayai berjaya melepaskan diri dan usaha mengesan suspek masih dilakukan di sekitar kawasan berkenaan sehingga kini. Kita juga percaya kumpulan ini mempunyai anggota lain yang masih bebas,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal ke atas kedua-dua mayat berkenaan mendapati suspek berkenaan memakai ‘topeng ski’ dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan berdasarkan ciri fizikal mereka disyaki bukan warganegara tempatan.

Katanya siasatan awal mendapati dua kelongsong peluru di dalam pistol berkenaan telah kosong disyaki dilepaskan dalam kejadian berkenaan dan kenderaan yang digunakan merupakan kereta curi yang dilaporkan hilang dalam kejadian pecah rumah di Johor Jaya, Johor pada 2016.

Abdul Jalil berkata kumpulan berkenaan disyaki terlibat dalam 14 kes pecah masuk dan samun kilang serta pasar raya di sekilar Nilai, Gebeng, Telok Intan, Chukai dan Simpang Ampat, sekitar Melaka Tengah dan Alor Gajah sejak tahun lepas.

Beliau berkata kumpulan berkenaan menyasarkan premis menjual barang berharga seperti kedai emas dan kedai pajak gadai di pasar raya dan akan mula memecah masuk bangunan tersebut selepas tamat operasi perniagaan selepas 12 tengah malam dan mengikat pengawal keselamatan yang bertugas.

“Modus operandi mereka adalah memecah masuk premis pasar raya atau perniagaan sebelum menebuk peti besi yang menyimpan barang berharga,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tembak Mati
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd