Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Disangka ‘Penjenayah’, Kim Woo...

MODEL dan aktor Korea Selatan, Kim Woo Bin mengalami detik hitam ketika berkunjung...

Wanita Mati Dalam Tahanan...

BALI: Seorang wanita mengambil keputusan untuk bunuh diri dengan menjerut lehernya sendiri menggunakan...

MPM Sokong Boikot Peniaga...

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Melayu (MPM) membuat kenyataan terbuka menyokong gesaan Menteri...

Mahathir Lancar PPBM Sarawak...

BINTULU - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini melancarkan Parti Pribumi...

DSV Tayang Video ‘Shopping’ Pakaian Dalam Cik B

INSTAGRAM pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida sememangnya penuh dengan perkongsian aktiviti shopping yang mana bukan sahaja untuk diri sendiri malah anaknya juga.

Baru-baru ini Vida sempat memuat naik sebuah video eksklusif menyaksikan beliau sedang sibuk berbelanja di sebuah pusat beli-belah.

Menerusi video berkenaan, Mynewshub difahamkan Vida sedang membeli dan memilih pakaian dalam yang sesuai untuk anak perempuan kesayangan yang kini semakin meningkat remaja, Cik B.

“Hmmm… Kita sekarang ni duk mencari Cik B punya underwear Cik B. Aduh la Cik B. Kena girl girlkan Cik B. Cik B kena pakai baju dalam ni semua,” katanya menerusi rakaman berkenaan.

Perkongsian yang mendapat lebih 170,000 tontonan itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen tidak kira sama ada yang berbentuk positif mahupun negatif.

Rata-rata antara mereka terhibur dengan gelagat Vida serta menganggap beliau sebagai ibu yang sporting dan prihatin terhadap anak-anak.

Namun begitu, ada juga segelintir netizen yang beranggapan perkara seperti itu tidak perlu dikongsi pada umum kerana memalukan.


Fuhhh… Suka betul tengok jutawan ini shopping kan! Alaaa..Biarlah dia nak buat apa pun.

Mungkin Vida kongsi moment itu sebagai membuka mata masyarakat yang suka kutuk Cik B sebelum ini. Haaaa siapa tahu? Jangan jadi makcik bawang sangat lah! – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori