• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditawar Jadi Penyanyi, Joy Masih Belum Bersedia

oleh
24/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAIKAN sudah menjadi satu trend di negara kita apabila semakin ramai usahawan kosmetik ditawarkan untuk menjadi penyanyi mahupun secara suka rela bagi menceburi bidang seni.

Jika sebelum ini, pengasas produk Vida Beauty, Datuk Seri Vida telah menjadi usahawan kosmetik yang pertama bergelar penyanyi dan turut itu diikuti oleh Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat.

Kini, tiba giliran bekas isteri Hafiz Hamidun, Joy Revfa juga dikatakan telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman dari negara seberang.

Namun, menurut Joy atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 31, dia bukanlah tiada minat untuk menyanyi tetapi lebih kepada belum bersedia untuk melibatkan diri dalam dunia seni.

“Alhamdulillah lepas kontroversi perkahwinan rezeki saya lebih murah dan memang ada tawaran berlakon dan menyanyi untuk saya.

“Saya dapat lagu daripada seorang komposer Indonesia, tapi saya perlu fikir panjang dulu kerana suara saya tidak sedap. Saya tidak menolak tetapi belum bersedia lagi,” katanya dipetik mStar Online.

Joy juga ditemui ketika majlis sidang media bagi produk tudung keluaran Datuk Aliff Syukri yang baru sahaja diadakan di Romah Makan Terlajak Laris semalam.

Baca: Sentuh Bahu Aliff Syukri, Joy Revfa Kata Berlapik

Dalam masa yang sama, Joy turut berkongsi bahawa selepas kejadian kontroversi tentang rumah tangganya bersama dengan bekas suami membuatkan dia mahu mengelilingi orang yang bersifat positif.

“Orang tanya macam mana saya boleh kuat dan menjalani kehidupan selepas perkara itu, saya fikir apa yang saya lalui hanya sedikit berbanding orang lain.

“Saya fikir positif dan dikelilingi orang-orang positif. Saya sarankan juga wanita yang senasib dengan saya agar sentiasa motivasikan diri,” ujarnya lagi.

Soal kecaman, ibu kepada seorang cahaya mata itu akui bahawa dirinya masih menjadi perhatian di media sosial dan setiap perbuatannya pasti akan dipertikaikan oleh netizen.

Bagaimanapun, dia bagaikan sudah lali dengan segala teguran atau kritikan kerana menganggap ianya sebagai tanda netizen sentiasa prihatin terhadap dirinya.

“Apa yang saya muat naik di laman sosial masih lagi ada yang komen bukan-bukan. Ada yang tegur saya sebagai wanita itu dan ini.

“Tapi tidak mengapa kerana ia merupakan salah satu cara mereka sayangkan saya,” tambahnya lagi.

Agak-agak lepas ni siapa pula usahawan kosmetik yang akan menjadi penyanyi pula?

Makin tercabarlah kedudukan penyanyi di Malaysia ni lepas ramai usahawan sudah bergelar penyanyi. – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Tags: joy revfapenyanyiusahawan kosmetik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kapal Tangki MT Aliya Sari Bawa Diesel Ditahan Lagi

Next Post

Conte Dedah Sebab Chelsea Lupakan Sanchez

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

Conte Dedah Sebab Chelsea Lupakan Sanchez

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd