• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agensi Disaran Tubuh Unit Keselamatan Jalan Raya

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyarankan setiap agensi kerajaan supaya menubuhkan Unit Keselamatan Jalan Raya tahun ini bagi membantu meningkatkan kesedaran kakitangan berhubung keselamatan jalan raya.

Beliau berkata unit itu akan berfungsi memberi maklumat mengenai keselamatan jalan raya selain mengadakan kempen berkenaan di agensi masing-masing.

Katanya cadangan penubuhan unit itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Kita mengambil contoh di tapak projek pembinaan, ia ada Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang telah memberi impak berkesan kepada keselamatan pekerja.

“Kita (kerajaan) tidak mahu sekadar mengenakan kompaun bagi kesalahan jalan raya bagi meningkatkan kesedaran sehingga dituduh mahu mengutip wang rakyat. Apa yang saya mahu adalah setiap individu sedar mengenai kepentingan menjaga nyawa,” katanya pada sidang media Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Besi (Hala Selatan) hari ini.

Kempen itu anjuran bersama ‘Malaysia Motorcycle and Scooter Dealers Association’ (MMSDA) dan Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd.

Liow berkata tahun ini, kementerian akan memberi keutamaan kepada kempen keselamatan jalan raya dalam kalangan pembonceng dan penunggang motosikal bagi mengurangkan kadar kematian mereka akibat kemalangan jalan raya.

Berdasarkan statistik kematian 2016, katanya, sebanyak 62 peratus atau 4,485 daripada 7,152 kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Mengenai cadangan supaya pengguna memiliki lesen kenderaan motosikal kelas B2 sebelum memperoleh lesen kelas B bagi motosikal berkuasa besar 500cc ke atas, Liow berkata keputusan itu akan dikaji terlebih dahulu.

Ketika ini, pengguna yang berumur 16 tahun ke atas boleh terus memiliki lesen kelas B tanpa lesen B2.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Op Selamat dan Op Bersepadu sempena Tahun Baharu Cina 2018 akan bermula dari 9 Feb hingga 23 Feb ini. – BERNAMA

Tags: Agensi Kerajaankeselamatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

Kehadiran Polis Demi Keselamatan, Tidak Berpihak Mana-Mana Pihak – Alzafny

Kehadiran Polis Demi Keselamatan, Tidak Berpihak Mana-Mana Pihak – Alzafny

05/06/2026
0

SEREMBAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan kehadiran anggota dan pegawai polis di kawasan pintu masuk Balai Rasmi Tunku Besar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd