• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipukul Tidak Bertudung, Wanita Lapor Polis

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang wanita warga Indonesia hari ini membuat laporan polis berhubung kejadian seorang lelaki dipercayai kurang siuman bertindak menolak kepalanya kerana tidak memakai tudung semasa menunggu bas di perhentian bas Taman Perwira.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada 6 Januari lepas itu, mangsa berusia 24 tahun yang bekerja di sebuah kilang di Perai sedang menunggu bas bersama kakaknya.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa menunggu bas ke Bukit Mertajam untuk berjumpa rakannya sebelum tiba-tiba seorang lelaki dipercayai kurang siuman menghampirinya.

“Lelaki yang dalam keadaan tiada terurus itu bertanyakan kepada mangsa mahu ke mana dan wanita berkenaan memberitahu dia mahu berjumpa kawan serta berjalan-jalan di bandar,” katanya di sini hari ini.

Katanya lelaki itu tiba-tiba marah kepada mangsa kerana tidak memakai tudung dan berkata dia pantang serta tidak suka melihat wanita tidak bertudung atau menutup aurat.

Nik Ros Azhan berkata mangsa mendiamkan diri namun lelaki itu bertindak menolak kepala wanita berkenaan dengan menggunakan tangannya sebelum kakak mangsa menghalang suspek daripada terus memukul adiknya.

Katanya lelaki itu kemudiannya meninggalkan mereka manakala mangsa yang tidak mengalami kecederaan terus pulang ke rumahnya serta tidak mendapatkan rawatan di mana-mana klinik.

“Mangsa hari ini tampil membuat laporan polis kerana bimbang kejadian sama berulang pada masa hadapan dan insiden tersebut turut menjadi tular di media sosial sejak minggu lepas selepas rakaman video berhubung kejadian itu dikongsikan oleh seorang pengguna facebook,” katanya.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti lelaki berusia 30 tahun yang terlibat dalam kejadian itu dan pihaknya juga pergi ke rumah didiami suspek namun dia tiada di rumah kerana keluar merayau.

“Menurut bapa saudara lelaki itu, suspek kurang siuman sejak 15 tahun lepas akibat kemalangan jalan raya dan kami akan terus mengesannya serta menghantar ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: bertudunglaporan polisPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kuil Roboh: Sultan Johor Bertindak Sebagai Pendamai

Next Post

Hanyut… Anak Melayu Kahwini Pasangan Sejenis

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

Guru Buat Laporan Polis Terima Mesej Perkauman Daripada Penghantar Makanan

23/04/2025
3

GEORGE TOWN - Seorang guru wanita berusia 27 tahun dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah membuat laporan polis selepas menerima...

Next Post

Hanyut... Anak Melayu Kahwini Pasangan Sejenis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd