• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipaksa Turun Bas Tengah Malam Kerana Anak Nangis

oleh
10/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPASANG suami isteri bersama dua anak kecil di Thailand telah dipaksa untuk turun daripada sebua bas hanya kerana anak mereka menangis selama setengah jam sepanjang perjalanan.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada malam Ahad lalu ketika keluarga berkenaan dalam perjalanan dari Bangkok ke Kok Samui untuk bekerja dengan menggunakan perkhidmatan bas Transport Co.

Malah, ketika kejadian, mereka turut membawa empat beg dan hanya berbekalkan wang tunai sebanyak 500 baht (RM62) sahaja.

Menurut portal Bangkok Post, bapa kanak kanak itu, Mongkol Thongboran, memberitahu bahawa anak lelakinya yang berusia dua tahun menangis selama hampir 30 minit kerana berasa takut ketika naik bas untuk pertama kali.

Dia turut memberitahu bahawa dia sudah memaklumkan kepada penumpang yang lain berkenaan hal tersebut dan mereka memahami situasi yang dihadapi oleh pasangan suami isteri itu.

Namun, secara tiba-tiba sahaja atendan bas, Wanchai Kaeocharoen telah mengarahkan supaya mereka turun di daerah Cha-am, wilayah Phetchaburi pada lewat malam itu.

Ini kerana tangisan si kecil itu konon telah mengganggu penumpang lain termasuk beberapa pelancong asing yang sedang tidur.

Disebabkan itu, bas yang mereka naiki telah berhenti di sebuah stesen minyak dan mereka terpaksa menginap di hotel berdekatan sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Bagaimanapun, Mongkol menegaskan bahawa jika mereka diberi masa sekitar 5 hingga 10 minit, pasti anak kecilnya itu akan berhenti menangis dan dapat meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.

Kerana terpaksa menginap di hotel, wang yang dibawanya hanya tinggal sebanyak 25 baht (RM3) dan dia terpaksa meminjam wang daripada keluarganya agar dapat meneruskan perjalanan ke Kok Samui.

Kes itu mendapat perhatian pihak berkuasa dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat, Sanit Promwong memberitahu media tempatan bahawa pemandu dan atendan bas tersebut telah didenda 5,000 baht (RM622).

Ini kerana mereka berdua menyinggung perasaan keluarga berkenaan dan melanggar undang-undang pengangkutan darat.

Malah, keluarga berkenaan turut akan diberi pampasan kerana mereka terpaksa menanggung kos tambahan bagi penginapan serta pengangkutan lain untuk menuju ke destinasi. – MYNEESHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Tags: Thailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd