• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didi Astillah, Chacha Maembong Terlibat Nahas

oleh
30/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI, Didi Astillah dan pelakon, Chacha Maembong terlibat dalam kemalangan ketika pulang ke rumah selepas makan malam di Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, kereta dipandu oleh Chacha dilaporkan hilang kawalan apabila cuba mengelak sebuah Proton Wira yang laju sebelum terlanggar pembahagi jalan.

Keadaan kereta honda milik Chacha Maembong.

Memetik sumber, ketika kejadian kedua-dua selebriti ini hanya dibantu orang awam yang berada di kawasan sekeliling dan kereta Wira yang dipercayai dipandu seorang lelaki tersebut hanya memecut tanpa dapat dikesan.

“Sampai sekarang masih lagi trauma. Kejadian itu berlaku ketika kami nak keluar dari simpang Jalan Alor tiba-tiba ada kereta Wira muncul dengan lajunya.

“Chacha nak elak tapi tak dapat nak kawal kereta sebab terlalu panik dan terlanggar pembahagi jalan.

“Lelaki yang pandu kereta tersebut terus pecut kereta dia tanpa bantu kami. Nasib baik ada ramai orang awam yang ada dekat situ tolong,” kata Didi dipetik mStar Online, hari ini.

Penyanyi, Didi Astillah.

Menurut sumber lagi, Didi memaklumkan bahawa dia hanya mengalami bengkak di muka manakala Chacha pula alami kecederaan pada bahagian hidung ekoran tersembam ke hadapan beg udara.

“Muka saya saja yang bengkak manakala Chacha cedera di bahagian hidung. Tapi yang teruknya kereta Chacha saja. Nasib baik kami tidak mengalami kecederaan serius,” ujar anak jati kelahiran Sandakan, Sabah itu.

Sementara itu memetik sumber lagi, Chacha memberitahu keadaannya kini semakin pulih dan hanya memerlukan rehat. – MYNEWSHUB.CC/AM

*Video sekadar hiasan…

Tags: Chacha Maembongdidi astillah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PPBM Elok Tukar Nama Parti Paling Banyak Masalah!

Next Post

Pornografi Budak: Malaysia No. 1 Di Asia Tenggara

Related Posts

Chacha Maembong ‘Beri Laluan’ Emma Kahwin Dulu

11/04/2018
0

SEBAGAI adik, pelakon Chacha Maembong mahu memberi peluang kepada kakaknya, Emma Maembong untuk menamatkan zaman bujang terlebih dahulu sebelumnya. Bagi...

Hampir Hilang Penglihatan Demi I’m Not A Terrorist

08/10/2017
0

BAKAT dan mutu lakonan artis Malaysia semakin bersinar di pentas global dengan adanya usahasama yang melibatkan penyanyi atau pelakon tempatan...

Next Post

Pornografi Budak: Malaysia No. 1 Di Asia Tenggara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd