• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Buka Semula Pemisah Laluan Basikal

oleh Ahmad Albab
22/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini membuka semula pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan (rubber separator) ​​​​​​di pusat bandar berikutan alat tersebut didakwa mengundang bahaya kepada penunggang motosikal.

Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Datuk Mahadi Che Ngah berkata pihaknya sedang mengkaji perkara tersebut dan akan membuat pertimbangan untuk menggantikannya dengan ‘flexible barrier’ di laluan basikal sepanjang 11.9 kilometer itu.

Beliau, bagaimanapun berkata pemasangan ‘rubber separator’ yang dibuat sebelum ini, adalah mengikut piawaian antarabangsa seperti diguna pakai di negara-negara lain.

“DBKL akan meneliti semula perkara ini berdasarkan cadangan dan bantahan daripada pengguna jalan raya. Kami akan selesaikan permasalahan ini sebaik mungkin supaya keselamatan pengguna terjamin.

“Selain itu, DBKL akan memastikan jenis permukaan laluan basikal itu berada dalam keadaan selamat sebelum ia dibuka secara rasmi kepada penunggang basikal,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran SkyWorld Quality Centre yang dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di sini, hari ini.

Mahadi berkata laluan basikal fasa pertama itu disediakan DBKL sebagai alternatif kepada orang ramai yang memilih untuk berbasikal ke pusat bandar.

“Fasa pertama bermula dari ibu pejabat DBKL di Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail hingga ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan berpatah balik ke Jalan Sultan Ismail melalui Medan Pasar dan Dataran Merdeka,” katanya.

Beliau berkata laluan basikal itu akan diperluaskan ke kawasan lain sehingga ke Wangsa Maju dan sekitar Kuala Lumpur sekiranya fasa pertama berjaya.

Baru-baru ini, gambar kemalangan penunggang motosikal berhampiran laluan basikal berkenaan, tular dalam media sosial dan perkara itu menimbulkan pelbagai persoalan daripada netizen tentang kewajaran projek tersebut. – BERNAMA

Tags: DBKL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Anggota Penguat Kuasa DBKL Kena Kompaun Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

24/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap seorang kakitangannya kerana membuang sampah daripada kenderaan rasmi selepas...

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

JIM, DBKL Serbu Pasar Pudu, 186 PATI Ditahan Dalam Ops Kutip

21/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB KUALA LUMPUR – Seramai 186 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu berskala besar yang dijalankan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd