Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Pilihan Raya Dun Tanjung...

PUTRAJAYA - Pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Sarawak...

Isu Anti Azan: Jangan...

SETAKAT ini, pelobi anti azan belum lagi menerima sebarang tindakan sekalipun sudah seminggu mengeluarkan...

Kenang Jasa Pengorbanan Anggota...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan orang ramai...

Persembahan Turun Dari ‘Langit’,...

NAMA Mas Idayu semestinya tidak asing lagi dalam industri seni suara, lagi-lagi selepas...

Data Derma Organ Bocor, Polis Cari Admin Lowyat.net

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil pentadbir forum teknologi popular Lowyat.net berikutan kebocoran data terbaru melibatkan 220,000 penderma organ Malaysia dan waris mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sedang mengkaji kes itu.

Fuzi bagaimanapun menyatakan bahawa adalah luar biasa bagi laporan mengenai kebocoran kedua-dua data itu semuanya berasal daripada forum tersebut.

“Sebelum ini, forum itu melaporkan kebocoran data melibatkan 56 juta pengguna telco. Sekarang forum yang sama telah menunjukkan kebocoran data lain.

“Sebahagian daripada siasatan adalah untuk menentukan sama ada laporan terbaharu itu datang dari sumber yang sama,” katanya semasa sidang akhbar pelancaran buku panduan penyelidikan Jabatan Siasatan Jenayah (CID) di sebuah acara di Sogo, di sini.

Mengenai kemajuan terkini penyiasatan mengenai kebocoran data yang melibatkan pengguna telco, Fuzi berkata siasatan itu kini berada di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Semalam, Lowyat.net melaporkan bahawa butiran peribadi lebih 220,000 penderma organ dan waris mereka (NOK) telah dibocorkan dalam talian.

Ia berkata data yang bocor mengandungi nombor MyKad, alamat rumah dan nombor telefon pengikrar dan waris mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori