• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Data Derma Organ Bocor, Polis Cari Admin Lowyat.net

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil pentadbir forum teknologi popular Lowyat.net berikutan kebocoran data terbaru melibatkan 220,000 penderma organ Malaysia dan waris mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial sedang mengkaji kes itu.

Fuzi bagaimanapun menyatakan bahawa adalah luar biasa bagi laporan mengenai kebocoran kedua-dua data itu semuanya berasal daripada forum tersebut.

“Sebelum ini, forum itu melaporkan kebocoran data melibatkan 56 juta pengguna telco. Sekarang forum yang sama telah menunjukkan kebocoran data lain.

“Sebahagian daripada siasatan adalah untuk menentukan sama ada laporan terbaharu itu datang dari sumber yang sama,” katanya semasa sidang akhbar pelancaran buku panduan penyelidikan Jabatan Siasatan Jenayah (CID) di sebuah acara di Sogo, di sini.

Mengenai kemajuan terkini penyiasatan mengenai kebocoran data yang melibatkan pengguna telco, Fuzi berkata siasatan itu kini berada di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Semalam, Lowyat.net melaporkan bahawa butiran peribadi lebih 220,000 penderma organ dan waris mereka (NOK) telah dibocorkan dalam talian.

Ia berkata data yang bocor mengandungi nombor MyKad, alamat rumah dan nombor telefon pengikrar dan waris mereka. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kebocoran Data PeribadiTan Sri Mohamad Fuzi Harun
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

“Aku Mungkin Tak Laku, Tapi Aku Bersyukur” – Altimet

Next Post

Semua Kementerian Di Sabah Sudah Tandatangani IBR

Related Posts

Hamzah Akui Kebocoran Data Peribadi, Nafi Kerja ‘Orang Dalam’ JPN

Hamzah Akui Kebocoran Data Peribadi, Nafi Kerja ‘Orang Dalam’ JPN

29/06/2022
0

Bilangan agensi kerajaan yang mempunyai akses kepada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan dikurangkan untuk membendung kebocoran data peribadi,...

JPDP Terima Laporan Data Peribadi Orang Awam Bocor

10/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengesahkan sudah menerima laporan berhubung dakwaan portal omghackers...

Next Post

Semua Kementerian Di Sabah Sudah Tandatangani IBR

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd