Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Jimat RM42 Bilion, Tak...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dianggar dapat menjimatkan RM42 bilion sepanjang tempoh konsesi PLUS...

PRN Melaka: UMNO Belum...

KUALA NERANG: UMNO belum memuktamad keputusan sama ada akan bergerak secara solo di bawah Barisan Nasional (BN) atau bekerjasama dengan parti lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya ia diadakan.

Lawatan Najib Ke AS...

WASHINGTON DC - Lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) bermula esok...

Jangan ‘Latah’ Buat Kenyataan...

KUALA KANGSAR - Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta tidak terburu-buru mengeluarkan...

“Dapat Tawaran Tak Fikir Lama, Terus Terima” – Fazura

TAWARAN untuk bergandingan di dalam filem yang merupakan kegemaran ramai pastinya menjadi satu peluang keemasan bagi kebanyakan penggiat seni.

Baca: Penerbit AAC2 Puji Gaya Lakonan Fazura Dan Bront

Filem terakhir lakonan Nur Fazura, JRevolusi yang disiarkan pada tahun lalu dan tahun ini, Fazura sekali lagi muncul menerusi filem Ayat Ayat Cinta 2, terbitan negara seberang.

Namun, itu bukan kali pertama buat isteri kepada Fattah Amin ini melakar nama di negara seberang kerana sebelum ini, dia pernah melibatkan diri dalam filem Bulan Terbelah di Langit Amerika, Warkop DKI Reborn dan Rafathar.

“Alhamdulillah, pengalaman bekerja dengan produksi filem Ayat Ayat Cinta 2 merupakan satu peluang keemasan. Saya rasa sangat bertuah kerana dapat bekerja dengan mereka.

“Apabila ditawarkan, saya tak mengambil masa yang lama untuk menerimanya,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Dalam masa yang sama, Fazura turut mengakui bahawa dia sangat meminati filem tersebut sejak Ayat Ayat Cinta mula ditayangkan pada tahun 2008 lagi.

Fazura turut memberitahu bahawa kerjasamanya bersama dengan pelakon dari Indonesia yang lain merupakan satu gandingan yang serasi selain turut mudah bekerjasama bersama-sama.


“Sangat senang bekerja dengan pelakon-pelakon Indonesia lain seperti Fedi Nuril, Dewi Sandra, Tatjana Saphira dan ramai lagi.

“Saya juga rasa gembira dapat bekerja dengan Bront Palarae untuk pertama kalinya. Bayangkan, selama ini saya memang mahu berlakon dengan Bront.

“Akhirnya Ayat Ayat Cinta 2 menemukan kami. Pengalaman bekerja dalam filem ini memang tidak akan saya lupakan,” ujarnya lagi.

Selain Fazura, Bront Palarae turut bekerjasama menjayakan filem yang ditunggu-tunggu ramai ini. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori