• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Danial Amier Tak Mahu Hanyut Soal Populariti

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penjaring tunggal ketika skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara melakar kejutan menewaskan Arab Saudi 1-0 pada Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 tempoh hari, Muhammad Danial Amier Norhisham tidak mahu hanyut dengan populariti sebaliknya ingin berusaha keras mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan Felda United.

Beliau yang bakal menjangkau usia 21 tahun pada 27 Mac depan, tidak menyangka namanya terus ‘naik’ sebaik berjaya membantu pasukan kebangsaan mencatat kemenangan ke atas Arab Saudi dan tidak mahu leka dibuai kenangan indah itu.

“Saya memang tidak jangka perkara ini akan terjadi. Sebelum ini tidak ada siapa pun yang mengenali Danial Amier. Tapi syukur, selepas kejohanan ini, nama saya semakin melonjak naik.

“Bukan nak cakap saya mahu kejar populariti tetapi perkara itu bagus untuk perkembangan karier saya,” kata pemain yang pernah mendapat tawaran untuk beraksi di Australia bersama kelab Dunbar Rovers FC, namun terpaksa melupakan hasrat itu ekoran masalah visa.

Danial Amier berkata liputan media yang sering menonjolkan namanya merupakan satu motivasi yang baik untuk beliau pergi lebih jauh dalam arena bola sepak.

“Saya anggap ia satu motivasi untuk menaikkan semangat supaya berusaha lebih gigih lagi pada masa akan datang,” kata anak jati Kuala Lumpur itu.

Bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018, Danial Amier akan terus bersama Felda United memandangkan masih terikat dengan kontrak bersama pasukan itu sehingga 2019.

Ditanya sama ada berasa tercabar berikutan kebanyakan rakannya dalam skuad B-23 akan beraksi di Liga Super manakala beliau akan beraksi bersama ‘The Fighters’ dalam Liga Premier, Danial Amier tenang menjawab bahawa segalanya terletak pada prestasi sendiri.

“Bagi saya, itu tidak jadi halangan untuk saya beraksi cemerlang dan menunjukkan kebolehan saya. Beraksi di Liga Super atau Liga Premier sekali pun, yang penting prestasi perlu berada pada tahap terbaik dan konsisten,” katanya.

Mengulas lanjut, Danial Amier berkata fokusnya kini untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama skuad Felda United, bagi menyahut cabaran ketua jurulatih B-23, Datuk Ong Kim Swee yang mahu anak buahnya mencipta nama dalam Liga-M.

Skuad negara melakar sejarah mara ke suku akhir Kejuaraan AFC B-23 2018 selepas menamatkan saingan Kumpulan C di tempat kedua, dengan kekalahan 1-4 ketika bertemu Iraq pada perlawanan pembukaan, sebelum bangkit mengikat Jordan 1-1 dan diikuti kemenangan bersejarah 1-0 ke atas Arab Saudi.

Pada aksi suku akhir berdepan finalis 2016, Korea Selatan, skuad negara mempamerkan persembahan terpuji apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang gantian N.Thanabalan selepas ketinggalan 0-1 seawal 15 saat permainan bermula.

Bagaimanapun, hasrat Malaysia melakar satu lagi kejutan lebur apabila Han Seung-Gyu menyumbat gol kemenangan Korea Selatan pada minit ke-85 untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir. – BERNAMA

Tags: Muhammad Danial Amier Norhisham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd