Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pengarang Meja Agama Utusan...

KUALA LUMPUR - Pengarang Meja Agama akhbar Utusan Malaysia dan suaminya maut selepas...

Fouziah Gous Pengacara Baru...

BAGAI rezeki datang bergolek, demikian tuah yang diperolehi pelakon jelita, Fouziah Gous apabila...

Wanita Dibunuh Selepas Lihat...

Petaling Jaya - Malang buat seorang wanita warga tempatan berusia 40 tahun yang...

Giliran Dressage Berpasukan Sumbang...

SETELAH melakar sejarah meraih dua emas dan satu perak menerusi acara endurance (kuda...

Cuti Bersalin di 7 Negara Ini Paling Lama di Dunia

KUMPULAN Malayan Banking Bhd (Maybank) telah mengumumkan tawaran tempoh cuti bersalin sehingga setahun yang berkuatkuasa serta merta untuk pekerja wanita yang layak.

Ini menjadikan kumpulan itu sebagai institusi kewangan pertama menawarkan faedah cuti bersalin yang membolehkan pekerja menyambung cuti tambahan daripada 90 hari bergaji penuh kepada tambahan tiga bulan dengan separuh gaji atau enam bulan tanpa gaji.

Secara amnya, cuti bersalin bagi penjawat awam di Malaysia adalah selama 90 hari bergaji penuh manakala pekerja swasta pula adalah 60 hari ataupun dua bulan.

Bagaimanapun, langkah ini telah pun dilaksanakan di negara-negara Eropah, dengan faedah yang lebih baik seperti tempoh cuti bersalin yang panjang serta bergaji penuh sepanjang tempoh itu.

Di bawah merupakan senarai negara-negara yang menjadi tempat ideal untuk menambahkan bilangan ahli keluarga anda.

1. Finland
Ibu-ibu sarat mengandung di Finland boleh memulakan cuti bersalin mereka seawal 7 minggu sebelum tarikh anggaran bersalin mereka.

Kemudian, kerajaan akan menanggung 16 minggu tempoh cuti bergaji melalui sebuah dana bersalin, tidak kira sama ada ibu itu seorang pelajar, menganggur mahupun bekerja sendiri. Negara itu turut menawarkan 8 minggu cuti bergaji untuk si bapa!

Apabila kanak-kanak itu berusia 3 tahun, ibu bapa juga boleh mengambil cuti penjagaan di mana mereka akan bergilir-gilir masa menjaga anak mereka dan waktu di pejabat, sehinggalah anak itu berusia 8 tahun.

2. Denmark
Ibu-ibu baru di Denmark mendapat tempoh cuti bersalin selama 18 minggu sebelum dan 14 minggu selepas bersalin, dan cuti bergaji sepanjang tempoh tersebut.

Sepanjang cuti bersalin tersebut, si bapa juga boleh mengambil cuti berterusan selama 2 minggu.

Selepas bayi dilahirkan, ibu bapa akan membahagikan tempoh 32 minggu antara mereka mengikut kesesuaian keadaan masing-masing. Mereka boleh menambah tempoh cuti sehingga 14 minggu jika bayi atau ibu bapa itu jatuh sakit. Mengikut undang-undang, kerajaan negara itu menanggung cuti bergaji selama 52 minggu, namun tidak semestinya pada jumlah gaji penuh.

3. Sweden
Ibu bapa baru di Sweden layak mendapat cuti bersalin selama 480 hari dengan dibayar 80% daripada gaji penuh mereka, termasuklah tempoh 18 minggu khas buat si ibu.

Kemudian, ibu dan bapa bayi itu dibenarkan untuk membahagikan masa untuk menjaga anak mereka secara bergilir.


Sweden unik kerana kaum bapa juga layak untuk bercuti selama 90 hari, demi mengeratkan hubungan bapa dan anaknya ketika si ibu perlu perhatian sepenuhnya.

4. Belgium
Kaum ibu di Belgium boleh mengambil cuti bersalin selama 15 minggu-30 hari selepas bayi dilahirkan. Bukan sahaja itu, malah mereka juga dibayar 80% daripada gaji penuh mereka dan menerima 75% waktu berehat.

Kaum bapa layak bercuti selama 10 hari, dan tiga daripadanya bergaji penuh. Tujuh hari selebihnya pula dibayar 82% daripada gaji penuh jika merekan menggunakan cuti tersebut dalam empat bulan pertama kelahiran bayi mereka.

Oh, bukan itu sahaja. Ibu baru bersalin juga boleh bekerja separuh masa selama 8 bulan jika mereka tidak mahu cuti berterusan selama 15 minggu.

5. Iceland
Ibu bapa di Iceland boleh membahagikan tempoh bercuti selama 9 bulan antara mereka untuk menjaga bayi yang baru dilahirkan.

Mereka boleh bercuti berterusan selama 3 bulan setiap seorang dan baki 3 bulan itu dibahagikan sesama mereka mengikut kesesuaian, kerana kerajaan negara itu mahu memastikan anak itu dapat meluangkan masa bersama-sama kedua-dua ibu bapanya.

Selain itu, ibu bapa baru juga layak menerima 80% daripada jumlah gaji mereka semasa bercuti.

6. Serbia
Di Serbia, ibu baru bersalin boleh mendapat 20 minggu tempoh bercuti selepas melahirkan bayi mereka.

Selepas itu, mereka akan menerima cuti tambahan selama setahun, namun pembayaran semasa tempoh cuti mereka akan berkurangan dari masa ke semasa.

Mereka akan menerima gaji penuh pada 26 minggu pertama, 60% pada minggu 27 ke 39 dan 30% pada minggu 40 ke 52. Kaum bapa pula mendapat seminggu tempoh cuti bergaji penuh.

7. Norway
Sistem di negara ini amat ‘pemurah’ dan fleksibel. Ibu-ibu baru bersalin boleh mengambil cuti bergaji penuh selama 35 minggu atau 45 minggu dengan 80% daripada gaji mereka, dan kaun bapa pula boleh bercuti selama 10 minggu bergantung kepada pendapatan isteri mereka.

Ini menjadikan ibu bapa baru di Norway layak menerima tambahan cuti selama 46 minggu dengan gaji penuh atau 56 minggu dengan 80% daripada jumlah keseluruhan pendapatan mereka.-VVANITA.MY

Kategori