• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuba Berminat Keluarkan Vaksin Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cuba mempelawa Malaysia untuk meninjau kemungkinan terbabit dalam usaha pengeluaran vaksin negara itu di sini berikutan reputasi Malaysia dalam aspek inovasi penjagaan kesihatan serta aspek harganya yang berpatutan.

Bercakap kepada Bernama sempena Hari Kebangsaan Cuba di sini, baru-baru ini, Duta Besar Cuba ke Malaysia, Ibete Fernandez Hernandez berkata ini berikutan Malaysia memiliki kemudahan bagi tujuan pengeluaran vaksin tersebut.

“Malaysia boleh menjadi platform pengeluaran vaksin yang membawa banyak manfaat…saya turut melihat banyak kemungkinan itu dan ahli perniagaan Malaysia boleh ke Cuba untuk melihat apa yang kami usahakan di sana.

“Malaysia dan Cuba telah menjalin hubungan dagangan sejak sekian lamanya. Atas alasan itu, persahabatan ini wajar diperkukuhkan serta meninjau kemungkinan membuka dagangan dalam bidang pengeluaran vaksin,” katanya.

Negara Caribbean itu dikenali kerana kemajuan bidang perubatannya, termasuk menghasilkan vaksin barah paru-paru pertama dunia, Cimavax yang dilancarkan pada 2011.

Menurut Hernandez, Cuba juga memiliki akses kesihatan dan pendidikan baik yang dicapai susulan Revolusi Cuba pada 1959.

“Pada 2017, Cuba mencapai kadar kematian bayi terendah dalam sejarah iaitu pada nisbah empat kematian bagi setiap 1,000 kelahiran manakala purata jangka hayat rakyatnya adalah 78.45 tahun,” katanya.

Hernandez berkata, dalam mengharungi cabaran persaingan ekonomi yang sukar, Cuba mampu menutup 2017 dengan mencatat pemulihan ekonomi menerusi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 1.6 peratus walaupun berdepan kekangan kewangan, kekurangan bahan api dan impak musim panas melampau.

Ini, kata beliau, didorong oleh sektor pertanian, komunikasi, pembinaan dan pelancongan.

“Kami akan berusaha untuk merancakkan lagi penyertaan pelaburan asing dalam ekonomi Cuba selepas mencatat prestasi memberangsangkan pada 2017, namun ini masih belum mencukupi.

“Sejumlah 80 projek pelaburan membabitkan penyertaan asing kini di peringkat rundingan dan berkemungkinan dapat direalisasikan pada tahun ini,” katanya.

Tarikh 6 Februari ini turut menandakan hubungan diplomatik Malaysia dan Cuba mencecah 43 tahun yang terbukti mantap.

“Usaha pengukuhan hubungan dagangan antara kedua-dua negara ini akan terus berdepan cabaran, namun saya ingin tekankan bahawa jarak antara Malaysia dan Cuba bukanlah penghalang selagi semangat setiakawan itu ada. Saya juga yakin kerjasama demi manfaat bersama akan dapat diwujudkan oleh kedua-dua negara,” katanya.

Hari Kebangsaan Cuba yang juga Ulang Tahun ke-59 Revolusi Cuba, disambut pada 1 Januari dan diraikan pada 23 Januari di Malaysia. – BERNAMA

Tags: Vaksin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

12/10/2022
0

KOTA BHARU - Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd