• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chant Minta Pihak Berkuasa Siasat Tapak Kuari

oleh AK-47
05/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) hari ini menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap tapak kuari di Tanjung Bungah, berhampiran tapak pembinaan rumah yang menjadi lokasi insiden tanah runtuh pada Oktober tahun lepas.

Penasihatnya Yan Lee berkata tiada langkah-langkah keselamatan sewajarnya, diambil oleh pemilik kuari bagi menjamin keselamatan penduduk kawasan kediaman yang terletak hanya 100 meter dari tapak tersebut.

Beliau berkata pelbagai aduan telah dikemukakan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Alam Sekitar untuk memeriksa tapak kuari yang tidak dipasang papan tanda dan pagar penghadang untuk mengelakkan pencerobohan haram.

“Penduduk telah mengadu mengenai debu dan letupan batu tetapi yang paling penting ialah keselamatan mereka kerana tidak ada langkah keselamatan diambil oleh pemilik kuari. Saya fikir ia harus ditutup atas faktor keselamatan penduduk berhampiran,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Yan berkata tanpa pagar penghadang bagi menghalang orang luar daripada menceroboh ke tapak kuari, bencana boleh berlaku pada bila-bila masa jika seseorang memasuki kawasan tersebut semasa kerja-kerja meletupkan batu dijalankan.

Yan berkata pihak berkuasa negeri dan persekutuan perlu memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan nyawa penduduk yang tinggal berhampiran.

“Tanah runtuh telahpun berlaku berdekatan kawasan tersebut yang meragut 11 nyawa tahun lepas dan jika keadaan ini berterusan, penduduk di kawasan itu sekali lagi menghadapi risiko,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memuji Suruhanjaya Siasatan Negeri (SCI) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyiasat tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah pada 21 Okt tahun lepas.

Dalam insiden di tapak projek di Lengkok Lembah Permai pada Oktober tahun lepas, tanah runtuh yang berlaku menyebabkan tembok penahan di tapak pembinaan runtuh dan menyebabkan 11 pekerja tertimbus.

Mereka yang terkorban terdiri daripada seorang pekerja tempatan, lima rakyat Bangladesh, dua warga Indonesia, dua rakyat Myanmar dan seorang pekerja rakyat Pakistan. – BERNAMA

Tags: Siasat Tapak Kuari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd