• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Botak Akibat Penyakit, Wanita Ini Hias Dengan Inai

oleh
14/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Rambut memang jelas adalah mahkota wanita. Dengan rambut panjang dan lebat, pelbagai gaya dapat dihasilkan. Malah, pelbagai jenis warna juga menjadi trend remaja perempuan.

Bagaimanapun, ada juga segelintir wanita yang tidak begitu bernasib baik untuk menikmati rambut sebegitu rupa. Bahkan, ada yang mengalami penyakit tertentu sehingga terpaksa membotakkan kepala mereka sendiri.

Malangnya, ada golongan kaum Hawa sebegini turut berdepan dengan pelbagai stigma atau tanggapan negatif oleh masyarakat yang masih berfikiran kolot disebabkan persepsi mengenai masalah keguguran rambut agak keterlaluan.

Namun, bagi wanita Qatar ini, beliau memilih untuk tidak mempedulikan kata-kata negatif. Bagi memecahkan tohmahan dan meningkatkan keyakinan, dia memilih untuk menghiasi kulit kepalanya dengan lukisan henna.

Menurut laporan stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera, Keneesha Bell, seorang guru, mengalami ‘alopecia’, keadaan yang mengakibatkan seseorang itu mengalami keguguran rambut tetap dari kulit kepala.

Bertujuan untuk memberi inspirasi kepada orang lain yang turut mengalami keguguran rambut kronik, dia dipetik oleh media tersebut cuba mendakapi keadaannya itu melalui seni hiasan kulit kepala dengan ‘mahkota inai’.

Satu rakaman video yang dikongsikan Al Jazeera turut menunjukkan kulit kepalanya dihiasi inai tradisional dan video berkenaan malah kian tular dalam kalangan netizen di seluruh dunia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: botakinaiQATAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parlimen Malaysia, Qatar Sepakat Sokong Isu Palestin, Selaras Pendirian Di Pentas Antarabangsa

Parlimen Malaysia, Qatar Sepakat Sokong Isu Palestin, Selaras Pendirian Di Pentas Antarabangsa

29/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Parlimen Malaysia dan Qatar sepakat untuk terus menyokong isu Palestin, menyelaraskan pendirian bersama, serta memperkukuh kerjasama di...

‘Malaysia Sedia Terima Lebih Ramai Pelajar, Penyelidik, Pensyarah Dari Qatar’

‘Malaysia Sedia Terima Lebih Ramai Pelajar, Penyelidik, Pensyarah Dari Qatar’

19/05/2023
1

KUALA LUMPUR : Tajaan dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian serta pelajar dari negara berhadapan konflik antara isu dibincangkan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd