• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Tambang Penyelamat Akibat Terputus Hubungan

oleh AK-47
07/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – “Sorong bot tarik bot, anda mahu seberang saya bawa…” rangkap ayat itu menggambarkan tugasan dilakukan Wan Mohd Faizal Wan Ibrahim sejak Jalan Sungai Lembing di sini, terputus hubungan akibat banjir.

Mekanik berusia 32 tahun itu mengambil inisiatif menyediakan perkhidmatan menyeberangi laluan di Kilometer 16, yang terputus sejak Selasa lalu, selepas laluan itu tidak boleh dilalui kenderaan termasuk kenderaan pacuan empat roda ekoran paras air yang tinggi.

Beliau mengenakan bayaran sebanyak RM5 seorang untuk perjalanan sehala, dan pendapatan itu dibahagikan sama rata dengan sepupunya, Rozali Abdul Rashid, 39, dan Mohd Faizolini Mohd Ramli, 32, yang membantunya mengendalikan bot itu.

“Susah jika dilakukan seorang diri kerana bot perlu ditarik sehingga ke kawasan yang agak dalam sebelum enjin boleh digunakan. Begitu juga apabila hampir sampai ke seberang kerana air semakin cetek,” katanya semasa ditemui di sini, hari ini.

Wan Mohd Faizal yang merupakan penduduk asal Bukit Kuin di sini menambah inisiatif itu diambil bukan atas prinsip keuntungan, tetapi lebih kepada ‘niat mahu bantu penduduk yang terperangkap banjir untuk ke bandar’.

Katanya, setiap tahun masalah penduduk Bukit Kuin dan Sungai Lembing terperangkap banjir sering berlaku, sedangkan ramai antara mereka bekerja malah ada yang bersekolah di sekitar Indera Mahkota atau bandar Kuantan.

“Saya bekerja sendiri, jadi tidak menjadi masalah jika tidak membuka kedai untuk beberapa hari. Lagipun bot ini memang sedia ada memandangkan saya minat memancing. Jadi apa salahnya jika kita memudahkan urusan orang,” katanya.

Beliau berkata ‘operasi bot tambang’ itu bermula seawal pukul 7 pagi, namun mereka yang mempunyai keperluan untuk keluar lebih awal boleh menghubunginya, manakala waktu tamat bergantung kepada ‘jumlah penumpang pada sebelah petang’.

Bagaimanapun, beliau membuat ketetapan tidak mengambil penumpang selepas pukul 8 malam kerana enggan mengambil risiko dengan persekitaran yang gelap.

“Saya juga mewajibkan penggunaan jaket keselamatan. Siapa yang enggan, saya akan minta dia untuk turun. Kalau lihat, saya sendiri juga memakai jaket keselamatan. Walaupun tahu berenang, jangan ambil risiko pada waktu begini,” katanya.

Wan Mohd Faizal berkata beliau membeli 10 jaket keselamatan bagi memastikan keselamatan penumpangnya.

Sementara itu, seorang penduduk Haryani Haron, 29, berkata perkhidmatan bot tambang itu amat diperlukan pada musim banjir kerana untuk mengikuti jalan alternatif mereka perlu ke Panching, iaitu hampir 30 kilometer sebelum meneruskan perjalanan ke bandar.

“Itu pun jika jalan itu masih boleh dilalui kerana di sesetengah tempat turut dinaiki air. Untuk selamat dan mudah, lebih baik bayar RM5 dan minta sesiapa jemput di hujung jalan,” katanya.

Seorang lagi, Aida Abdullah, 22, mengakui dia berasa lega apabila mengetahui terdapat bot tambang kerana segan untuk mengambil cuti terlalu lama kerana kedai makan tempat dia bekerja di bandar Kuantan tidak dilanda banjir. – BERNAMA

Tags: Banjirbot
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Didakwa Kuat Cemburu, Ayda Jebat Pilih ‘Kunci’ Mulut

Next Post

Aksi Persahabatan Malaysia Bertemu Syria Ditangguh

Related Posts

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Aksi Persahabatan Malaysia Bertemu Syria Ditangguh

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd