• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Bantah Syor Kedua Kajian Persempadanan

oleh AK-47
19/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengemukakan bantahan terhadap syor kedua kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang didakwa tidak adil dan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan.

Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata tindakan itu diambil berikutan SPR dilihat masih mengekalkan sebilangan besar sempadan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang menyaksikan bilangan pengundi, pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam keadaan tidak seimbang.

“Mengambil contoh di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK), terdapat tiga kawasan Parlimen iaitu Kapar dengan 146,000 pengundi, Klang seramai 98,000 pengundi dan Kota Raja dengan 110,000 pengundi. Kenapa Parlimen Klang mempunyai jumlah pengundi sedikit sedangkan Klang adalah kawasan bandar sepenuhnya?

“Pengagihan kerusi DUN juga tidak adil, contohnya Klang ada tiga kawasan DUN iaitu Pelabuhan Klang, Pandamaran dan Kota Alam Shah sedangkan Parlimen Kota Raja yang mempunyai lebih ramai pengundi iaitu 110,000 orang hanya ada dua kerusi DUN sahaja iaitu Sri Andalas dan Sri Muda,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mempersoal kewajaran Parlimen Kelana Jaya, yang mempunyai dua kawasan DUN iaitu Seri Setia dan Subang Jaya, diletakkan di bawah pentadbiran dua PBT.

“Seri Setia di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) manakala Subang Jaya di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Kenapa dalam satu Parlimen di kawasan bandar dipecahkan pentadbiran PBT,” soal beliau.

Noh, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata BN Selangor akan mengemukakan bantahan terhadap SPR mengikut peraturan dan saluran yang betul sebelum 14 Feb depan.

Beliau berkata pihaknya akan menghormati sebarang keputusan yang bakal dibuat SPR berhubung bantahan itu.

“Saya yakin bantahan kita akan ada alasan munasabah dan cukup logik. Apapun keputusan yang akan dibuat oleh SPR, kita akan akur,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPRTan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd