• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BLESS Bangunkan Komuniti Usahawan Luar Bandar

oleh AK-47
23/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyasarkan penglibatan 10,000 peserta dalam program keusahawanan Building Leaders and Entrepreneurial Society (BLESS) di enam zon seluruh negara tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan Kedah sebagai tuan rumah lokasi pertama program tersebut bagi zon Utara hari ini, program itu akan diteruskan di zon Timur, Tengah, Selatan, Sabah dan Sarawak selepas ini.

​”Sasaran utama ​kita melalui program ini ialah mewujudkan kesedaran tentang keusahawanan melalui seminar dan kursus dan kita jangkakan ramai akan terlibat menjadi usahawan di mana mereka boleh pergi ke booth yang disediakan untuk memohon dana secara langsung.

“Bagi mereka yang ingin produk mereka dapat menembusi pasaran global pula, kita turut menyediakan khidmat nasihat dari segi pembungkusan dan persembahan produk agar lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas meninjau program BLESS 2018 Zon Utara yang berlangsung di perkarangan Hotel Grand Alora di sini.

BLESS merupakan program yang menawarkan ekosistem keusahawanan lengkap merangkumi pembangunan usahawan, pembangunan bisnes dan sokongan perniagaan dengan ditunjangi modal insan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

​Antara keistimewaan program itu ialah penyertaan usahawan daripada enam kluster perniagaan iaitu makanan dan minuman, pertanian, gaya hidup, kesihatan dan kecantikan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan perkhidmatan.

Ismail Sabri berkata selain berfungsi sebagai ruang interaksi secara langsung di antara rakyat dan Mara, BLESS turut berperanan sebagai pusat sehenti kepada semua aktivit yang dilaksanakan agensi itu.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai agar merebut peluang yang disediakan memandangkan Mara memperuntukkan RM455 juta dana melalui 10 hingga 12 skim.

“Setakat ini (Mara) sudah mempunyai 62,000 peminjam namun saya amat menggalakkan lebih ramai usahawan merebut peluang untuk mendapatkan pembiayaan di bawah skim yang ditawarkan Mara.

“Mara turut menyediakan satu skim khusus bagi pembangunan usahawan wanita iaitu DanaNita sebanyak RM35 juta dan setakat ini baru RM5 juta yang telah digunakan,” katanya.

Kira-kira 1,500 usahawan dan bakal usahawan luar bandar sekitar zon utara seperti Kedah. Perlis, Perak dan Pulau Pinang menyertai program itu yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mamee Bakal Guna Teknologi Robotik Bernilai RM2 Juta

Next Post

Pembangunan Sebelum Ini Bawa Beban Tidak Perlu

Related Posts

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

Sempadan Negara Tidak Dibuka 1 Mac: PM

11/02/2022
0

TANGKAK - Pembukaan sempadan negara bermula 1 Mac seperti disyorkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini tidak akan dilaksanakan kerana...

Next Post

Pembangunan Sebelum Ini Bawa Beban Tidak Perlu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd