Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Hanya RM5 Tumpang Teksi...

PETALING JAYA - Perkhidmatan teksi untuk penumpang perjalanan jarak dekat untuk bayaran tetap...

Nur Dhabitah Gagal Raih...

KUALA LUMPUR - Penerjun muda negara Nur Dhabitah Sabri sekadar berakhir di kedudukan ke-10  dalam acara 3m...

Jururawat Mangsa Kedua Maut...

BAMAKO - Mali menghadapi kes terbaru jangkitan Ebola yang tiada kaitan dengan kes...

Berkempen Dalam Suasana Perpaduan...

KUALA KANGSAR - Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun mahu jentera...

Bincang Masalah Perumahan Rakyat Dengan KSN

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk projek perumahan rakyat.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perbincangan itu merangkumi pelbagai masalah bangunan dan penyelenggaraan dihadapi penduduk di Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip).

Antara masalah ialah yuran kos penyelenggaraan yang merangkumi kemudahan dewan, rumah sampah, dan kerosakan lif serta penjagaan kebersihan kawasan sekitar, katanya selepas merasmikan mesyuarat agung pertama bagi penubuhan Persatuan Penduduk PPA1M Palma, Presint 11, di sini hari ini.

“Perkara sebegini harus dilihat secara serius memandangkan perumahan tersebut masih baru. Kita faham rungutan ini dan mahu selesaikan secepat mungkin.

“Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengutamakan kesejahteraan penduduk dan kebajikan serta kos sara penduduk,” katanya.

Hadir sama Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Seri Hasim Ismail.


Justeru, Tengku Adnan meminta pemilik kediaman PR1MA, PPA1M dan Rumawip mewujudkan persatuan penduduk dalam menyuarakan masalah dan cadangan agar masalah dapat diselesaikan dengan segera dan secara baik.

“Orang ramai boleh berbincang untuk mengadakan tadika atau pusat asuhan kanak-kanak di premis masing-masing.

“Saya yakin dengan keharmonian para penduduk untuk hidup bersatu dan saling bantu-membantu di tengah kepesatan ibu kota dapat mewujudkan persekitaran yang sihat,” katanya. – BERNAMA

Kategori