• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bidas Pembangkang Perkecil Peranan RELA

oleh Ahmad Albab
20/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUARAN – Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa hari ini membidas tindakan seorang pemimpin pembangkang di negeri ini yang memperkecilkan peranan dan sumbangan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Beliau menasihatkan pemimpin itu yang dahulunya memegang jawatan menteri dalam kabinet Persekutuan, supaya tidak bersikap sombong dan lupa diri sehingga berani menghina anggota Rela.

“Ini bukan cara kita, bukan budaya kita untuk memperkecil-kecilkan orang lain, lebih-lebih lagi anggota Rela.

“Bagi saya, kecil atau besar sumbangan Rela tetap kita hargai kerana peranan mereka itu demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya ketika melancarkan penugasan anggota Rela di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah di sini.

Menerusi video yang tular di laman sosial pada 15 Jan lalu, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika berucap dalam program Bicara Presiden Warisan di daerah ini dilihat mempertikaikan tindakan menempatkan anggota Rela yang tidak mahir menggunakan senjata api untuk penugasan di Esszone.

Mohd Shafie dilaporkan berkata bahawa anggota Rela hanya sesuai untuk perkhidmatan kawalan trafik di majlis-majlis kenduri.

Musa yang kesal dengan kenyataan itu berkata pengiktirafan kerajaan terhadap Rela sebagai satu daripada agensi keselamatan negara harus dibanggakan oleh rakyat keseluruhan.

“Pencapaian Rela sememangnya tidak dapat disangkal lagi … kerajaan berasakan sangatlah baik untuk Rela digemblengkan bersama pasukan dan agensi lain untuk mengawal keselamatan dan keamanan setempat,” katanya.

Ketua Pengarah Rela Zulkifli Abidin yang turut hadir pada majlis itu juga menzahirkan kekesalan terhadap pemimpin pembangkang itu yang memandang rendah anggota jabatan itu tanpa mendapatkan maklumat lanjut berhubung penugasan anggota Rela di Esszone.

“Penugasan Rela di Esszone adalah untuk menjalankan rondaan komuniti setempat selama 24 jam dan bukan penugasan di perbatasan. Penugasan ini tidak memerlukan penggunaan senjata. Tetapi janganlah pandang rendah pada kami dan tak perlu hina kami jika tak sukakan kami,” katanya.

Zulkiflli berkata kehadiran 504 anggota Rela di Esszone sejak 1 Jan lalu mampu memberi impak terhadap usaha mengurangkan kadar jenayah dan aktiviti penyeludupan di kawasan sempadan.

Menurutnya, anggota yang terpilih telah melalui kursus khas penugasan Rela yang dikendalikan pelbagai agensi, antara modul kursus termasuk pengendalian senjata api dan penyaluran maklumat. – BERNAMA

Tags: Musa AmanRELA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

15/09/2023
0

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang....

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd