• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bertindak Sendiri Belasah Pemandu, 3 Ditahan

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT mengambil tindakan sendiri, tiga lelaki ditahan selepas disyaki memukul seorang pemandu kereta di Jalan Batu 13 Puchong menghala Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dekat ibu negara, Jumaat lepas.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, lelaki berusia 39 tahun yang memandu Perodua Myvi cedera dipukul orang awam kerana enggan memberhentikan keretanya selepas melanggar sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohammad Azlin Sadari berkata selepas meneliti rakaman mangsa dipukul yang tular selepas kejadian itu, tiga lelaki berusia 30 hingga 40-an tampil memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, dekat sini, semalam.

“Polis juga sedang mengesan tiga lagi individu bagi membantu siasatan. Buat masa ini penunggang motosikal tersebut belum membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad Azlin berkata kesemua suspek direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian tersebut, pemandu kereta terbabit cedera di bahagian kepala akibat dipukul sekumpulan lelaki gara-gara beliau enggan memberhentikan keretanya selepas melanggar sebuah motosikal.

Lelaki berkenaan turut kehilangan barangan dan dokumen peribadi miliknya selepas dibelasah kumpulan itu manakala penunggang motosikal itu cedera di bahagian rusuk dan kepala dan kini menerima rawatan di Hospital Serdang. – BERNAMA

Tags: dipukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

Punca Pelajar UMT Dipukul Bergilir-gilir

19/12/2024
0

KUALA TERENGGANU: Saling tuduh menuduh dipercayai antara punca seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini, dipukul secara bergilir-gilir oleh...

Imam Rebah, Meninggal Dunia Ketika Solat Subuh Di Masjid

Koperal Polis Maut Dipercayai Dipukul

23/03/2024
0

SHAH ALAM: Seorang anggota polis maut dipercayai dipukul dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah di sini, awal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd