• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belia India Digesa Manfaatkan Dana Tambahan AS1M

oleh AK-47
24/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Belia India harus merebut peluang daripada penawaran tambahan 1.5 bilion unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang akan dibuka untuk langganan bermula 29 Jan ini, kata Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivaraajh.

Beliau berkata ia merupakan peluang terbaik bagi golongan muda India di Malaysia untuk mempelbagaikan pendapatan mereka selain melabur dalam masa depan negara sambil memastikan jaminan kewangan untuk masa depan sendiri.

“Kebanyakan bank di Malaysia memainkan peranan sebagai ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), justeru memudahkan mereka untuk pergi dan mendaftar pelaburan selain meningkatkan unit pegangan kepada 30,000 unit sekiranya mereka sudahpun melabur dalam AS1M.

“Untuk membeli unit AS1M hanya perlukan pelaburan minimum RM100 dan mereka yang berminat hanya perlu bawa kad pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata ibu bapa muda juga boleh melanggan AS1M untuk anak-anak mereka kerana tiada had umur ditetapkan untuk kelayakan dan ini boleh dijadikan antaranya pelaburan awal untuk pendidikan anak-anak.

Semalam, Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata lebih 50,000 kaum India dijangka mendapat manfaat daripada tambahan 1.5 bilion unit itu.

Beliau berkata inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2018, menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu berkaitan komuniti India dalam jangka panjang selain menyediakan peluang pelaburan yang menjana pendapatan secara konsisten. – BERNAMA

Tags: Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivaraajh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Gagal Tunai Manifesto 2008 Isu Kuil

22/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Pakatan pembangkang gagal menunaikan manifesto 2008 untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan perobohan tempat ibadat masyarakat India, kata Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd