• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Bau Hangit, Tiba-Tiba Power Bank Pineng Meletup”

oleh AK-47
04/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“TIBA-TIBA ada bau hangit dan bunyi letupan di sebelah pipi kiri saya,” kata Rus Nur Adilla Rusli yang terkejut apabila power bank yang diletakkan di atas katil secara tiba-tiba meletup kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi Isnin itu menyebabkan beberapa bahagian tilam di dalam biliknya di rumahnya di Klang, Selangor, rosak terbakar.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana tidak berada di atas tilam terbabit dan sempat menghidu bau hangit ketika cuba untuk tidur.

“Ada hikmah saya tidak dapat tidur malam tadi. Ketika saya cas power bank dan letak di atas tilam sebelah bantal saya baring tiba-tiba ada bau hangit.

“Saya terus bangun dan melompat dari katil selepas mendapati power bank saya dah mula meletup dan mengeluarkan api,” katanya menerusi posting yang dimuat naik di laman Facebook.

Rus Nur Adilla terus meminta pertolongan daripada ayahnya yang berada di bilik sebelah dan pada mulanya berjaya memadamkan api sebelum merebak.

Bagaimanapun, ketika ayahnya cuba mengangkat peranti berkenaan secara tiba-tiba power bank terbabit meletup kembali.

“Saya dah menggelabah gila, lari dan ketuk bilik mak abah pula. Mak abah keluar, saya terus beritahu yang power bank saya terbakar. 

“Kemudian abah suruh ambil kain basah dan tutupkan atas powerbank itu. Selepas beberapa minit, tengok api dah tak ada, abah cuba nak ambil power bank itu untuk dibuang.

“Tetapi secara tiba-tiba power bank itu meletup sekali lagi dan nasib baik abah sempat mengelak daripada terkena percikan api dari power bank tersebut,” kata Rus Nur Adilla.

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, dia tidak pasti punca letupan itu dan power bank berkenaan baharu saja dibeli secara dalam talian di sebuah portal beli-belah terkenal.

“Saya beli power bank jenama Pineng dari Lazada ketika ada jualan murah tempoh hari. Jenama yang Pineng inilah yang terbakar.

“Nak kata overcharge tak juga sebab saya baru saja charge power bank itu. Cuma nak nasihatkan pada korang semua, tak perlulah guna power bank atau kalau nak guna juga,’ katanya

Tambahnya, dia masih trauma dengan kejadian terbabit dan berharap ia dapat dijadikan pengajaran buat semua.

“Tolong berhati-hati. Jangan letak power bank itu dekat dengan barang-barang mudah terbakar. Kalau tidak, macam inilah jadinya.

“Perkongsian ini bukan untuk menakutkan orang tetapi untuk diri saya agar lebih berhati-hati dan mungkin anda semua juga perlu berhati-hati,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Rus Nur Adilla Rusli

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: Lazadapowerbank
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tentera Thailand Boikot Lazada

10/05/2022
0

BANGKOK: Tentera Diraja Thailand melarang unitnya memesan produk melalui platform dalam talian Lazada selain turut menyekat penyedia perkhidmatan itu menghantar...

Cadang Caj 20 Sen Pembelian Dalam Talian Bawah RM1,000

08/09/2020
0

BACHOK - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd