• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Basikal Lajak Ragut Nyawa 2 Remaja, Dirempuh Kereta

oleh Ahmad Albab
11/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Dua remaja maut, manakala seorang lagi patah bahu selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggang ‘basikal lajak’ di Jalan Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Ibnu Ahmad Ahmad Nais, 16, bersama seorang rakan yang belum dikenal pasti identitinya, maut di lokasi kejadian.

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang memandu kereta Toyota Altis tidak mengalami kecederaan.

Ia kejadian kedua dilaporkan membabitkan basikal lajak. Pada 18 Februari tahun lalu, lapan remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun maut, manakala lapan lagi cedera termasuk dua kritikal selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal secara berkumpulan di Jalan Lingkaran Dalam di sini.

Saksi kejadian malam tadi yang juga penduduk kampung berkenaan, Fazli Hashim, 36, berada di warung berhampiran lokasi kejadian.

“Kami nampak arwah bertiga dengan rakannya bermain basikal. Tiba-tiba saya dengar bunyi dentuman dan apabila menoleh, saya nampak sebuah basikal melambung tinggi.

“Saya berlari ke tempat kejadian dan awalnya nampak seorang remaja berdiri dan tidak cedera. Seorang penduduk menyuluh lampu ke parit berhampiran lalu ternampak seorang daripada mereka tertiarap dengan kepala berdarah.

“Seorang lagi remaja ditemui dalam parit agak jauh (tercampak) dari lokasi kejadian. Penduduk segera menghubungi pihak polis bagi melaporkan kejadian,” katanya ketika ditemui BH di sini, awal pagi tadi.

Fazli berkata, kumpulan remaja terbabit dikatakan baru pulang daripada perjumpaan kumpulan kompang di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian.

Sementara itu, nenek kepada Ibnu Ahmad, Bechik Kadasek, 73, tidak menyangka gurauan pelik cucunya tengah hari semalam menjadi kenyataan.

“Semalam dia ada tanya saya bila datuknya meninggal dan kata dia (cucu) ‘macam nak jalan dulu’,” katanya.

Bechik mendapat panggilan daripada jiran pada jam 11 malam memaklumkan cucunya terbabit dalam kemalangan itu. – BH ONLINE

Tags: basikal lajakremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd