• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Angkat Rogol, Buat 900 Anak Yatim Hamba Seks

oleh Ahmad Albab
09/01/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Seorang lelaki yang menjadi bapa angkat kepada anak-anak yatim didakwa atas lebih 900 tuduhan rogol dan perlakuan seksual ganas.

Kebanyakannya membabitkan budak perempuan berusia 14 tahun ke bawah dalam jagaannya, dalam kes dipercayai fidofilia paling teruk di Rusia.

Viktor Lishavsky, 37, didakwa mendera secara seksual lima budak perempuan yang secara sah di bawah jagaannya dengan melayan mereka seperti ‘gundik’ dan ‘hamba seks’.

Dia ditahan pada Jun lalu tetapi identitinya baru didedahkan dalam pada lebih banyak butiran perbuatannya semakin terbongkar.

Lishavsky yang mengusahakan kedai membaiki kasut dipercayai mendera seksual budak perempuan dalam jagaannya sejak lima tahun lalu. Dia ditangkap selepas seorang mangsanya mengadu kepada guru yang membuat laporan polis.

Susulan itu, budak perempuan lain dalam jagaannya membongkarkan perbuatannya terhadap mereka.

Dia didakwa atas 248 tuduhan rogol dan 358 ‘tindakan seksual kejam’ selain 22 lagi ‘tindakan ganas berunsur seksual’ semuanya terhadap budak perempuan berusia 14 tahun ke bawah.

Lishavsky juga didakwa atas 11 lagi tuduhan rogol dan serangan seksual ganas yang membabitkan ancaman bunuh atau kecederaan.

Beberapa lagi tuduhan turut dikemukakan membabitkan penyeksaan mangsa dan penyalahgunaan peranannya sebagai penjaga rasmi mereka.

Selain itu, Lishavsky didakwa atas 122 tuduhan lagi ‘jenayah berunsur seksual dengan penggunaan keganasan atau ancaman keganasan’, dan 151 tuduhan ‘mengadakan seks mengambil kesempatan terhadap mangsa yang tidak berdaya’ yang semuanya membabitkan budak berusia antara 14 hingga 17 tahun, lapor portal berita Mash.

Lishavsky dan teman wanitanya Olga dilaporkan mempunyai tiga anak bersama dan mengambil sehingga sembilan budak lain sebagai anak angkat. Tiada tuduhan dikemukakan terhadap Olga.

Tertuduh dilaporkan menerima £265 (RM1,400) untuk setiap seorang daripada lima gadis yang dijaganya. – Daily Mail/myMetro Online

Tags: Gila SekslelakiRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd