• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banyak Perkara Baik Dilakukan Kerajaan – Zahid

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak perkara yang jauh lebih baik berbanding pembangkang yang lebih gemar menabur ‘janji-janji manis’, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan juga sentiasa berpijak di bumi yang nyata dalam memberi khidmat kepada rakyat dan tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’.

“Kita harus yakin apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang ini lebih baik daripada janji-janji yang dilontarkan (oleh pembangkang), termasuk berhajat untuk ‘mengecat langit’.

“Dalam keadaan ini kita jangan hanya melihat bintang di langit tetapi kita juga harus lihat rumput di bumi. Insya-Allah kita akan buktikan itu,” katanya dalam sidang media selepas melepaskan peserta Larian Amal Antartika di perkarangan Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Seramai 2,300 peserta menyertai larian amal anjuran All Women Expedition to Antarctica (AWETA) yang bertujuan mengumpul dana untuk menampung lima protégé AWETA bagi misi ekspedisi ke Kutub Selatan.

Mengulas lanjut larian amal itu, Ahmad Zahid mengalu-alukan penganjuran Antartika 2018 yang turut mempromosikan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“(Larian) hari ini merupakan manifestasi yang cukup baik kerana bukan satu kelompok sahaja yang sertai malah saya lihat ada juga peserta antarabangsa.

“Sebagai negara yang mempunyai rakyat majmuk, pada hemat saya acara yang terlalu fokus kepada sesuatu etnik patut dielakkan. Kebersamaan harus terjelma dalam banyak bentuk acara yang baik seperti ini,” katanya.

Sementara itu, semasa diminta mengulas kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam bahawa wanita juga boleh menjadi calon perdana menteri, Ahmad Zahid berkata mana-mana pemimpin boleh menjadi ketua kerajaan asalkan partinya memperolehi sokongan majoriti.

“Perlembagaan Malaysia (Persekutuan) menentukan bahawa sesiapa sahaja yang menjadi ketua kepada mana-mana parti yang memperolehi sokongan majoriti dia boleh menjadi ketua kepada kerajaan”.

Berhubung kenyataan Dr. Wan Azizah bahawa suaminya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibebaskan dari penjara pada Jun ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Jabatan Penjara sentiasa mematuhi sebarang tempoh pemenjaraan terhadap seseorang tahanan.

Anwar, 71, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015, mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014. – BERNAMA

Tags: Kerajaanpembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd