• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantah Tamatkan Perkhidmatan Jeepney

oleh Ahmad Albab
30/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Jeepney atau jip yang diubah suai menjadi teksi adalah pengangkutan awam utama di Filipina tetapi kerajaan merancang menamatkan era ‘Raja Jalan Raya’ itu.

Kerajaan merancang memodenkan pengangkutan awam negara yang usang bagi menjadikan ia lebih selamat dan mesra alam sekali gus menamatkan perkhidmatan yang paling dipercayai dan murah itu.

Namun, operator dan pemandu kira-kira 200,000 Jeepney yang menguasai jalan raya di Filipina selepas berdekad-dekad membantah langkah itu yang dianggap mereka mengancam golongan miskin dan kehidupan mereka.

“Ia memberi kesan besar kepada orang miskin seperti kami kerana kami yang bakal menderita,” kata seorang pemandu jeepney yang kecewa selepas kenderaannya disaman polis kerana mengeluarkan asap hitam.

Jeepney berkembang daripada lebihan jip yang ditinggalkan tentera Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua menjadi kenderaan berwarna-warni yang menarik.

Setiap perjalanan sejauh empat kilometer di Manila hanya dikenakan bayaran 8 peso (RM0.60) tetapi walaupun murah perjalanannya sangat tidak selesa.

Seramai 10 hingga 16 penumpang biasanya disumbat di dalam sebuah jeepney yang sempit, tiada penyaman udara dan tingkap bagi melindungi penumpang daripada panas, hujan atau asap. – Reuters/myMetro Online

Tags: FilipinaPengangkutan Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan 10% Disaran Belanja Berhemah, Kongsi Kereta, Guna Pengangkutan Awam

Golongan 10% Disaran Belanja Berhemah, Kongsi Kereta, Guna Pengangkutan Awam

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Golongan 10 peratus pengguna petrol RON95 lebih 200 liter sebulan diseru melihat penyelarasan kuota BUDI95 sebagai satu...

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd