• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Mangsa Meningkat Kepada 233 Orang Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
02/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Dungun, Terengganu terus meningkat kepada 233 orang daripada 79 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 55 orang (20 keluarga) malam tadi.

Menurut laporan portal Info Banjir, satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) kini dibuka di daerah itu, di Surau Besol Lama yang menempatkan seorang mangsa.

Pertambahan paling ramai mangsa banjir ialah di Dewan Orang Ramai Kampung Shukor iaitu 155 orang (47 keluarga) berbanding 49 mangsa (16 keluarga) sebelum ini.

Di Dewan Orang Ramai Pasir Raja pula, seramai 77 orang (31 keluarga) berada di situ berbanding enam mangsa (empat keluarga) malam tadi.

Sementara itu, mengikut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran pula, setakat 7.30 pagi ini, Sungai Dungun di Kuala Jengai menunjukkan bacaan 21.33 meter (m) melebihi paras bahaya 21.00m manakala bacaan di Pasir Raja, 38.37m melebihi paras bahaya 37.50m.

Empat sungai di daerah Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu pula telah melepasi paras amaran. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd