Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Penganggur Dipenjara Kerana Curi...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur terpaksa meringkuk di penjara selama tiga bulan 14...

Acara Fit Malaysia Untuk...

KUCHING - Tujuan penganjuran Fit Malaysia adalah untuk memastikan masyarakat mengamalkan gaya hidup...

2 Anggota Polis Didakwa...

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Buka 24 Jam Akan...

KANGAR - Pembukaan pintu sempadan selama 24 jam akan membantu melonjak kemajuan Padang...

Bajet Pembangunan Kemas RM35 Juta Tahun Ini

PUTRAJAYA – Bajet pembangunan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) bagi 2018 meningkat kepada RM35 juta berbanding RM17 juta pada 2017.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM22 juta adalah peruntukan bagi pendidikan kemahiran yang memfokuskan kepada pelaksanaan naik taraf kelas dan pelbagai program, bengkel keibubapaan, pendidikan kesejahteraan keluarga dan program Kemas 4U.

“Pembangunan komuniti memperoleh RM2.1 juta yang memfokuskan kepada program ibadah, mesra rakyat dan k-komuniti,” kata Kemas dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan pada majlis tertutup Apreasiasi Kemas 2018 yang dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sini, hari ini.


Sehingga kini, terdapat 11,206 kelas tabika Kemas yang dihadiri 209,141 kanak-kanak di seluruh negara. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KEMAS

Kategori