• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awasi Bekas Lombong Bauksit Jadi Perangkap Maut

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Penduduk yang tinggal berhampiran bekas lombong bauksit sekitar daerah ini digesa untuk lebih berhati-hati kerana kawasan itu berisiko menjadi ‘perangkap maut’ pada musim tengkujuh.

Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail yang menyuarakan kebimbangan berhubung perkara itu berkata pada pandangan mata kasar, lubang bekas bauksit itu tidak berbeza dengan kawasan lain kerana digenangi air.

“Sedangkan bekas lombong itu dalam dan dikhuatiri jika ada yang terjatuh, khususnya kanak-kanak, mereka tidak dapat menyelamatkan diri kerana panik atau tidak tahu berenang,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Manan meminta ibu bapa untuk mengawasi dan menasihatkan anak-anak mereka untuk tidak menghampiri kawasan yang diketahui pernah menjadi lokasi lombong bauksit.

Beliau juga berharap pemilik tanah atau pengusaha bauksit untuk lebih bertanggungjawab kerana masih banyak lombong bauksit yang tidak dikambus semula walaupun banyak kematian akibat lemas berlaku.

Menurut Abdul Manan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah telah bertitah supaya bekas lombong bauksit dikambus semula, selepas insiden pada 4 Feb tahun lalu apabila tiga kanak-kanak lemas di lombong bauksit Taman Sungai Karang Jaya, di sini.

“Bagaimanapun, saya difahamkan masih banyak bekas lombong bauksit yang dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pihak menggalas tanggungjawab itu, walaupun telah dititahkan berbuat begitu,” katanya.

Perkara sama disuarakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah Andansura Rabu yang meminta pemilik atau pengusaha bauksit untuk mengambil tindakan meletakkan tanda amaran di kawasan bekas lombong.

“Hendak diminta kambus sekarang memang sudah terlewat dan tidak boleh dilakukan kerana air sudah bertakung. Saya harap mereka sekurang-kurangnya boleh memasang tali amaran atau letak tanda amaran sebagai peringatan,” katanya.

Andansura menambah pihak berwajib dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk mengadakan rondaan secara berkala sekitar lombong bauksit bagi memastikan tiada yang bermain di situ. – BERNAMA

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd