• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS, Kanada Dilanda Cuaca Kesejukan Melampau

oleh Ahmad Albab
07/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BOSTON – Udara teramat dingin menyelubungi Pantai Timur dan Midwest Amerika Syarikat, semalam membahayakan ketika puluhan juta penduduk bergelut membersihkan sampah-sarap dan salji di kebanyakan kawasan awal minggu ini.

Udara sejuk dan membeku dirasakan dari New England ke Ohip dan Pennsylvania, manakala Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memberi amaran hujan di Missouri dan kawasan sekitarnya sehingga ke timur laut.

Di sesetengah kawasan, kulit yang terdedah boleh membeku dalam masa 30 minit, kata pegawai Pusat Ramalan Cuaca, Dan Petersen.

Di New England dan negeri di Atlantik Tengah, ribut memaksa ratusan sekolah ditutup dan perkhidmatan komuter digantung atau dikurangkan.

Cuaca sejuk dan salji juga menyebabkan sekurang-kurangnya 18 kematian termasuk empat dalam kemalangan jalan raya di Caroline Utara dan tiga di Texas.

Sementara di timur AS dan Kanada, cuaca sejuk disusuli dengan ribut memaksa lapangan terbang berhadapan pertambahan penerbangan.

Di Kanada, suhu mencecah -50 darjah Celsius diramalkan di utara Ontaria dan Quebec.

Semalam, lebih 2,250 penerbangan domestik dan antarabangsa ke AS ditangguhkan, dengan Lapangan Terbang John F Kennedy di New York dan lapangan terbang Charleston di Caroline Selatan paling teruk terjejas. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Amerika SyarikatKanada
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

13 Mati Serangan Bersenjata Di Senegal

Next Post

4 Tahun 97 Peluru Penabur Dalam Badan

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

Serangan AS: Iran Lancar Peluru Berpandu Besar-Besaran Ke Atas Israel

22/06/2025
0

BAITULMUQADDIS – Israel berdepan serangan peluru berpandu pada Ahad ketika Iran menegaskan bahawa semua pilihan kini terbuka untuk mempertahankan kedaulatannya,...

Next Post

4 Tahun 97 Peluru Penabur Dalam Badan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd