• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Ke-2 Panda Gergasi Selamat Lahir Di Zoo Negara

oleh
19/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anak kedua pasangan panda gergasi dari China yang ditempatkan di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara dekat ibu negara selamat dilahirkan pada 14 Januari lalu.

Perkara tersebut disahkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar , Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang akhbar hari ini yang mengumumkan anak pasangan Xing Xing dan Liang Liang itu lahir pukul 7.50 pagi.

Ia berlaku 89 hari selepas tarikh persenyawaan pasangan panda berkenaan pada 18 Oktober 2017. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut dimaklumkan mengenai berita gembira itu ketika mesyuarat mingguan Kabinet.

“Jantina anak panda gergasi ini masih lagi belum dapat dipastikan memandangkan Liang Liang ketika ini bertindak melindungi keadaan tubuh kecil anaknya yang sedang dalam fasa penyusuan,” kata Wan Junaidi.

Tambah beliau, anak kedua pasangan spesies beruang ini yang dilahirkan dengan berat 150 gram juga membuktikan bahawa program pengurusan konservasi panda gergasi di Malaysia diuruskan pada tahap terbaik.

Kedua-dua ibu dan anak panda gergasi ini ujar Wan Junaidi, sedang berada dalam keadaan sihat dan dikuarantin serta tidak dipamerkan kepada pengunjung zoo sehingga satu tempoh yang akan ditetapkan kelak.

Sebelum itu, anak pertama iaitu Nuan Nuan, yang bermaksud ‘mesra’, dilahirkan pada 18 Ogos 2015 lalu, iaitu 15 bulan selepas ketibaan Xing Xing dan Liang Liang. Ia kemudian dihantar balik ke China pada 14 November 2017.

Penyerahan pulang itu sejajar Perjanjian Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi antara kerajaan Malaysia dengan China yang memperuntukkan anak panda dilahirkan perlu diserahkan apabila berusia dua tahun.

Xing Xing dan Liang Liang datang ke Malaysia pada 21 Mei 2014 bersempena dengan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China. Pasangan itu berada di Malaysia bagi tempoh 10 tahun. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: pandaZoo Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Night Zoo’ Johor Dibuka Bermula 27 Mac – Onn Hafiz

‘Night Zoo’ Johor Dibuka Bermula 27 Mac – Onn Hafiz

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor mengumumkan pembukaan Night Zoo di Zoo Johor bermula 27 Mac ini, sekali...

Oyen Kini Bergelar ‘Star of Zoo Negara’

Oyen Kini Bergelar ‘Star of Zoo Negara’

08/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Kehadiran 'Oyen', kucing yang tular 'bersahabat' baik dengan tikus gergasi capybara telah melonjakkan kedatangan pengunjung ke Zoo Negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd