• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajal Remaja Di Shopping Mall Ketika Sedang Cari Kerja

oleh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dilaporkan telah meninggal dunia Ahad lalu di Pusat Beli Belah Kiara Square, Bahau, Negeri Sembilan.

Menurut BH Online, remaja berkenaan dikenali sebagai Amiratul Hakimah Ismail, 18, dari Kampung Bahau, Batu Kikir, dilaporkan telah rebah ketika sedang mencari kerja di mall berkenaan bersama dengan rakan baiknya.

Difahamkan ibu bapa remaja berkenaan telah menghantarnya ke pusat beli belah tersebut sekitar pukul 12.30 tengah hari sebelum kejadian.

“Tidak lama kemudian, mangsa memberitahu rakannya bahawa dia mahu pitam sebelum terus rebah. Dia kemudian tersedar selepas dikejutkan dan sempat memberitahu mahu muntah,” lapor Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim.

Dalam masa sama, mangsa yang sebelumnya pitam telah berjaya dikejutkan tetapi terpaksa dipapah ke kerusi berdekatan.

Selepas sudah duduk seketika, Amiratul dikatakan dilihat tercungap-cungap secara tiba-tiba sebelum dia tidak sedarkan diri tidak lama kemudian.

Tambah Hishamuddin, orang awam turut telah menghubungi pihak ambulans sewaktu kejadian mencemaskan itu berlaku.

Setibanya pegawai perubatan ke tempat kejadian, gadis tersebut disahkan telah meninggal dunia.

Mayat mangsa telah dihantarkan ke Hospital Jempol bagi siasatan lanjut bagi mengetahui punca kematian.

Namun, kes telah diklasifikasikan sebagai mati secara mengejut. – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiasan…

Tags: cari kerjameninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

Tun Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Hasmah Mohd Ali meninggal dunia hari...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd